1432H dan 2011M

“Semangat betul anak aku ni nak pergi sekolah” monolog hati saya, memandang anak sulong dan kedua hendak ke sekolah masing-masing. Yang sulong ke darjah dua dan kedua masih di Pasti Al Husna tapi pada umur yang meningkat. ” Ummi, ‘Ulwan dah 6 tahun ya.” tanya ‘Ulwan. “Ya, dah 6 tahun dah.”sambil tersenyum kecil si ummi.

Diam tak diam,2011 telah melangkah ke hari yang ketiga. Bagi saya hari ini mesti capaikan target RM250 jualan sekurang-kurangnya.

Merenung kembali 2010, pastinya banyak kenangan yang ditinggalkan. Suka, duka, sedih dan gembira semuanya ada. Apa-apa pun dapat juga mengharungi ombak dan badai 2010.

Wearing 2 hats at one time

Selepas meletakkan jawatan di Al Amin, maka tiada lagi istilah guru dalam kamus seharian namun masih ‘guru’ dan pembimbing keluarga dan anak-anak.

Fasa pertama, menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan. Fuhh! dunia yang 100% berbeza seperti yang pernah saya lalui sebelum ini. Kena kawal segala-galanya, ‘from A to Z’. Kalau dulu tunggu akhir bulan pasti ada duit dalam akaun, tidak untuk kali ini, ada ‘customer’ adalah duitnya.

Sindrom 1 hingga ke 3 bulan pertama terasa sekali, “Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ku …”. Hendak atau tidak perkara ini pasti berlaku. “Enta..untuk 2-3 bulan kenalah banyak bersabar, kena bertahan mentalnya.”ujar Ust.Surur, mentor dan guru talaqqi saya.

Memang betul, 2-3 bulan tak ‘masyukk’ langsung..aduh! Walaubagaimanapun, alhamdulillah, tempoh-tempoh kritikal itu berjaya ditempuhi.

“Lagi satu, bisnes ni..enta jangan ‘give up’ dan mengharap akan ‘kaya’ dalam tempoh singkat..dia ada ‘iddah’ dia..kurang-kurang tiga tahun..tahun pertama tempoh untuk ‘introduction’,’marketing’,dan ‘networking’.Dah berjaya lepas tahap kritikal ni, insyaAllah tahun ke 2 dan seterusnya ok.” nasihat Ust. Surur lagi.

Memang banyak yang saya belajar daripada dia. Kalau nak diikutkan, bisnes dia(Ust Surur)boleh dikatakan susah hendak bertahan, namun dia dapat bertahan setakat ini sudah masuk 8 tahun dan pendapatan bisnesnya saja dalam ligkungan 20k sebulan. Gaji sebagai lecturer tidak diusik.

‘Kaya’ itu kurniaan Allah. Saya amat terasa kerdil jika orang menyua tabung derma atau infaq untuk tujuan tertentu, tangan menyeluk saku atau menyelak dompet yang tidak berisi, jika ada sekalipun kotak fikiran pasti akan berfikir perkara lain yang belum langsai. Hati kecil saya membenarkan tajuk buku Aa Gym iaitu “Saya tidak mahu kaya, tapi saya harus kaya”. ‘Harus’ yang dimaksudkan ialah wajib.

Fasa kedua pula,pengajian PhD di UIA kampus IIIBF di Damansara. Saya sudah menjalani tempoh semester pertama tanpa membuat ‘presentation’ akibat faktor luar jangka. Kemalangan kecil di tangan yang memakan masa lebih kurang dua bulan untuk pulih telah mengecualikan saya daripada ‘presentation’ berkenaan.

Membuat ‘research’ ni, semacam sempoi kerjanya, namun hakikatnya persediaan dalaman juga amat memainkan peranan penting. Kena sabar dengan keranah ‘supervisor’ yang sibuk tidak menentu dan dia juga terpaksa monitor “not me myself, but there are others.” Itulah yang terpaksa ditelan walau sepahit mana sekalipun.

Berjaya atau tidak

Ini soalan subjektif yang agak sukar untuk dijelaskan. Dari sudut positif, alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang dan ruang untuk saya memperbaiki lagi kelemahan yang ada sepanjang 2010.

Pertama, dapat bertahan untuk tahun ke-2 dalam bisnes manakala ‘research proposal’ sudah dipersetujui dan ‘questionnaire’ juga sudah lulus, cuma masalahnya belum dapat bertemu ‘supervisor’ untuk tindakan lanjut.

” Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (al Insyirah:5-6)

Abu Fawwaz

One thought on “1432H dan 2011M

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s