Januari 14, Jumaat

keluarga kecil kami 'setakat' ini

“Abang, kat masjid nanti jangan main-main, duduk, dengar elok-elok ya..jaga adik ni.” sengaja saya memberikan tanggungjawab kepada anak sulung (Fawwaz) supaya dia ada rasa berperanan sikit ke masjid. Tapi biasanya, ikut laporan ‘SB’ (‘Ulwan), kekadang ok, kekadang ko. (tersenyum sendiri)

Tajuk khutbah hari ini,14 Jan 2011 ialah ‘Peranan Ulama’. Lepas tu agak keterlaluan kalau tak kata saya tidak terlena..kebetulan memang tidak ada rehat sebelum ke masjid. kalau ada ‘qoilulah’ insyaAllah tidak akan tersengut-sengut semasa khutbah.

Sengaja saya ‘copy/paste’ tulisan di bawah, diambil daripada blog Ust Tuan Ibrahim, kerana masih ramai yang tidak memahami kepentingan Islam berbanding bangsa. Tulisannya seperti berikut.

Misi terpenting kedatangan Islam ialah untuk menghapuskan kepatuhan dan ketuanan berasaskan bangsa dan warna kulit dan menggantikan dengan ketuanan berasaskan keimanan dan ketaqwaan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz NIk Mat berkata perkara ini perlu difahami oleh semua pihak sama ada mereka dari kalangan umat Islam mahupun dari kalangan bukan Islam.

“Dalam konsep kepimpinan, baginda Nabi s.a.w mengajar supaya mereka yang dipimpin wajib patuh kepada pemimpin walaupun pemimpin itu seorang hamba berkulit hitam,” kata beliau ketika berucap di majlis perhimpunan bulanan penjawat awam di Kota Darulnaim pagi ini.

Dalam masyarakat Arab jahiliyyah kata beliau, bangsa kulit hitam yang berasal dari Habsyah (Afrika) amat dipandang hina kerana mereka adalah golongan hamba abdi yang tiada sebarang hak malah boleh di jual beli.

“Rasulullah s.a.w. sengaja menggunakan kiasan ini untuk menunjukkan Islam membawa misi pembebasan fikiran yang dibawa oleh Islam supaya pengagungan bangsa dihapuskan. Mana-mana pihak yang terus berbincang berkenaan ketuanan bangsa segera menghentikan amalan buruk itu kerana ia bukan sekadar bertentangan dengan konsep hak asasi manusia malah sesuatu yang bercanggah dengan Islam.”

“Di akhirat kita semua akan hanya terbahagi tiga iaitu mereka yang beriman, orang munafik dan golongan kuffar. Tidak akan ada soalan tentang bangsa, warna kulit, dan keturunan di akhirat nanti melainkan tiga kumpulan ini sahaja.”

“Mereka yang meninggalkan aqidah yang jadi simpulan pegangan kaum mukminin dengan memilih nasionalis dan ideologi ciptaan manusia lain akan menerima padah di akhirat di samping mereka akan menjadi permainan pihak lain di dunia ini,” tegasnya lagi.

Kesimpulannya, saya tidak kata saya tidak sayangkan bangsa, tetapi bangsa sendiri sudah rosak dek ditanam mentaliti materialistik yang melampau hingga bangsa itu sendiri menghancurkannya.

Jangan kata, berambut perang, bertutur barat, hebat menghafal lirik-lirik barat yang memuja wanita dan seksualiti itu maju. Jika itu pandangan kita, kita sudah termasuk dalam kepompong mereka.

Mereka sedah berjaya. Apa yang patut dilakukan ialah kembali ke arah Islam yang syumul yang menekankan akhlaq yang mulia seperti mana Nabi SAW diturunkan kepada umat akhir zaman ini.

“Selangor ni kerajaan dulu bagi tanah untuk perumahan cara ‘leasehold’ tapi sekarang tengok PR pegang dah jadi ‘Freehold’.” cerita biras saya semasa keluarga kami berziarah ke rumah baru mereka.

“Kalau ‘freehold’ kenapa pulak bang Sani.” tanya abang ipar saya.

“Kuota untuk Melayu jadi tak da la, semuanya bebas, siapa ada duit dia dapat la.”balas biras saya.

“Emph! kalau ada kuota melayu pun , orang ‘United Malayan’ yang banyak duit la yang sapu dulu, lepas tu jual pada bukan bumiputera..sama je ceritanya..banyak dah yang berlaku..ya betul kuota melayu..tapi dok berlingkar kalangan mereka yang kaya je la.” monolog tanda tidak setuju dengan biras saya.

Walau saya tidak setuju dengan biras saya yang memang ‘United Malayan’ totok, tapi saya tidak menjelaskannya demi menjaga hubungan akrab kami sekeluarga.

Sekurang-kurangnya saya dan dia ada prinsip dalam siasah tidak menjadi ‘lalang yang ditiup angin,jika ke kiri tiupan anginnya, maka lentuk la lalang tadi ke kiri dan sebaliknya’.

Biar masa menentukannya.

Abu Fawwaz

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s