Cemas seketika..

Tengah dok khusyuk membuat ulangkaji dalam kelas semalam, tiba-tiba bergetar hanphone dua kali, tandanya ada mesej la tu gamaknya.

Sempat saya mencuri masa untuk membuka sebentar ‘inbox’ mesej.

“Allahu Akbar”..berderau darah membaca mesej. “Ya Allah, apa nih..” perasaan cemas mula menyelinap ke dalam diri.

Terus saya ‘forward’kan mesej tadi kepada seseorang yang terapat. Tumpuan pada pelajaran mula bercelaru.

Alhamdulillah, beberapa minit selepas itu, kelas berhenti ‘istirakhah’.

Saya mengambil kesempatan untuk keluar bertanyakan kepada orang yang paling rapat dalam keluarga saya iaitu kak uda. Saya lebih mesra memanggilnya ‘kak lin’.

“Assalamualaikum, Kak Lin..dapat tak mesej tadi.” tanya saya risau.

“Mesej? Kak lin tak bukak lagi lah..tengah sibuk uruskan budak-budak sekolah esok nih. Nanti Kak Lin bukak.” jawabnya selamba.

“Kenapa?” tanya Kak Lin. “Gini..abang sekarang kat balai polis, dia minta ‘top up’ RM30 ke handphone dia..nanti dia call semula”. cerita saya agak cemas.

“Ya Allah..apa pulak abang ni,sampai ke balai pulak?” dapat dirasakan cemas mula menerpa Kak Lin.

“Tu lah, kita ada kat kelas nih..tak dan nak ‘top up’kan ke nombor dia.”balas saya.

“Ok lah, Kak Lin ‘top up’kan, tapi petang sikit la sebab Abang Joe(suami Kak Lin) balik petang.” respon cepat Kak Lin.

“Ok la..kita ada kelas ni..nanti kita ‘call’ lagi”. jelas saya pinta permisi.

Sepetang di rumah adik ipar

Peristiwa mesej di kelas tadi saya diamkan dari pengetahuan isteri. Malas nak perpanjang,buat runsing satu keluarga pulak rasanya.

Kami sekeluarga menghabiskan masa separuh petang di rumah adik ipar di Seri Kembangan. Tepat jam 4.00 petang di tangan, kami bertolak pulang ke Hulu Bernam, kediaman kami.

Dalam perjalanan, setelah memendam rahsia mesej tadi, saya terfikir hendak men’top up’kan RM30 ke nombor ‘abang’ saya tadi,khuatir dan kasihan ‘abang’ menunggu terlalu lama.

Dalam pemanduan, saya yang agak kelam kabut ditanya isteri. “Kenapa bang?” tanya isteri saya.

Nak tak nak, berat hati ini untuk menjawabnya. Ya lah, ber’SMS’ semasa pemanduan, sudah pasti mengundang cemas.

“Tadi, abang dapat SMS ‘abang’ abang..dia kata kat…” tak sempat menghabiskan ayat.

“Tadi Una(isteri) pun dapat SMS yang ntah apa-apa ntah. Nombornya pun bukan 013,012 ni..pelik sikit..dia kata tolong ‘top up’kan RM30 ke nombor apa ntah, dia kat balai polis.. Una pun ‘delete’ terus, Bilah(adik ipar) pun dapat SMS sama..Una pun kata ‘jangan layan’ menipu je tuh.” pintas isteri saya.

“Hah! eh ya ke..abang pun dapat SMS lebih kurang serupa gak, suruh ‘top up’kan RM30..tak terfikir pulak gitu.. ‘Allah’ apalah aku ni..macam ni pun terfikir.” getus hati bercampur, ceria ada,rasa bodoh pun ada.

Secepat mungkin saya meminta isteri mendailkan nombor Kak Lin untuk memberitahu peristiwa SMS yang saya ‘forward’kan kepadanya tadi.

“Kak Lin, tak payah ‘top up’kan, mesej menipu tu..ada komplot menipu tadi.” gesa saya pantas kepada Kak Lin.

“Hah! ye ke, kau ni buat aku seriau je..tak keruan aku dibuatnya. Ok lah akak tak ‘top up’kan”lega Kak Lin.

Itulah yang saya alami pada kelmarin hari, macam-macam perasaan ada. Memang tak keruan dibuatnya, cuma saya berjaya menyembunyikannya dari pengetahuan keluarga sementara.

Kesimpulannya, perhatikan dulu mesej yang sampai kepada kita untuk diteliti.

Cuba bayangkan jika 10 orang yang percaya kepada mesej tadi, RM300 senang-senang je masuk ke dalam ‘air time’ si petualang tadi.

Dunai ‘cyber’ yang serba canggih ni memang banyak yang kreatif untuk menangguk kesenangan. Oleh itu ‘AWAS’.

Di bawah ini saya ‘muat salin’ ayat SMS yang membuatkan saya berasa cemas seketika.

“Tlong top ap kan skrang credit 30RM k nmbor baru abang 0128640261 Ini abang lgi ada maslah kat balai polis don’t call lepas crdit masuk baru abang call.

Sender:+6289694956878

Sent:10:24:59,16-01-2011

Dilihat dan ditenung SMS ini, ayatnya macam orang keling (India) je. BERHATI-HATI, JANGAN TERTIPU.

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu, maka anggaplah ia musuh kamu , kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” (Fathir: ayat 6)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s