Isu Payu Dara?

perbincangan wanita di hari ini

Sekitar jam 9.30 pagi, saya melayari akhbar digital Kosmo untuk mengintai berita-berita semasa yang berlaku.

‘First page’ akhbar ini menayangkan isu payu dara yang mendapat bantahan penonton. Siaran ini ditayangkan dalam slot ‘WHI’ di TV3.

Saya kira ia tidak menjadi isu besar jika ia berkaitan langsung dengan kesihatan, baik wanita mahupun lelaki. Tetapi agak memeranjatkan isu yang diketengahkan ialah ‘Salahkah Besarkan Payu Dara?’.

Fuhh! hebat tajuknya. Terasa rugi pulak tak dapat menonton siaran ini. (rumah saya TVnya sudah rosak,alhamdulillah dan memang takde masa nak nonton benda nih)

Segmen yang disiarkan sekitar jam 12 tengahari, mengundang pelbagai persepsi, baik pada masyarakat mahupun diri saya sendiri.

Sebarang bentuk perbincangan dalam mencari penyelesaian adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Namun perkara yang boleh membina masyarakat perlu diketengahkan.

Saidina Umar Al Khattab sendiri bertanya perkara yang sulit tentang wanita kepada Hafsah dalam keadaan tertutup, tidak dikhalayak ramai. Banyak juga perkara berkenaan wanita ditanya kepada Aisyah secara sulit tidak di tengah umum.

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (As Syura:38)

Yang lebih menarik lagi ialah, si ‘cameraman’ pula dikatakan menghala kepada payu dara model dan pengacara sekali. Aduh! terasa masyarakat kita sudah hilang rasa malu dan dalam kondisi tidak tahu mana yang benar dan mana yang salah.

Satu perlakuan yang mengundang dosa besar kerana cuba menarik penonton melihat aurat wanita walaupun berpakaian. Ini kerana, wanita kini berpakaian tetapi termasuk dalam maksud hadith iaitu:

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggeng-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421).

Soalnya bukan tidak boleh dibincangkan, tetapi tidak pada umum. Sebab itu kalau orang kata ‘kita kena berbalik kepada sirah nabi’, jangan pula terasa ‘terkebelakang’. Sirahlah (al Quran dan Hadith) yang patut menjadi rujukan isu mutakhir ini. Kalau lah tak berjumpa penyelesaian barulah ‘ijtihad’.

Kalau orang kata ‘wanita kini dieksploitasi’, marah pula.

Jawabnya ‘eh! mana ada, kan itu kreatif, seni..bla,bla,bla..’

Memang benarlah kita kini berada di zaman fitnah yang besar, tak tahu dah mana yang benar dan mana yang betul.

Kesimpulannya, pada sudut pandangan saya, isu ini boleh dibincangkan (kalau nak sangat), tapi biarlah pada ruang yang tertutup, perempuan saja ‘audience’nya, supaya tidak menimbulkan perasaan ‘ghairah’ tak pasal-pasal. WHI tidak perlu ditegur tapi penerbitnya yang perlu ditegur. Allahua’lam.

Saya suka dengan sinetron yang memang tidak ditayangkan di Malaysia, tetapi ditayangkan di Indonesia waktu Ramadhan 2010 iaitu sinetron “Ketika Cinta Bertasbih” versi drama,bukan ‘movie’.

Anak-anak saya sampai menghafal watak-wataknya..Ust Azam, Ana, Ustzh Konita, Mbak Husna, Sarah dan tidak kurang Haji Samingan (Pak Kiyai Haji Samingan).

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari sudut islamiknya iaitu jalan ceritanya yang sentiasa berserah kepada Allah dan tidak ada ‘scene’ pelakon bersentuh antara lelaki dan perempuan, pada masa yang sama lakonan itu hidup dan mengundang ‘lelehan’ air mata jika menghayatinya.

Tahniah! ini yang kita mahukan dalam industri perfileman, jadikan ia medium dakwah yang berkesan kepada masyarakat.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s