‘Demam’kan saja si Anwar itu

Jalan ke Batu Caves melalui MRR2 sesak. Terpaksa menunggu lebih 2 jam perjalanan dari Kepong ke IIUM,Gombak.

Kebetulan IKIM.fm sembang pasal ‘stress’, bagaimana nak menguruskan ‘stress’, apakah cara hendak menguruskan ‘stress’ dan pelbagai lagi.

Ada juga yang sama perjalanannya dengan saya menelefon ‘on air’ di IKIM.fm. “Saya kena hadir meeting pagi ni, pada masa yang sama saya mengambil ‘part time’ melanjutkan pelajaran di peringkat ‘master’ dan setiap hari saya balik jam 11 malam.” hurai si pemanggil.

“Saya hilangkan ‘stress’ saya dengan selalu datang ke masjid walaupun bukannya waktu untuk mendirikan solat.”sambungnya bila diaju bagaimana hendak menguruskan ‘stress’.

Hemm! menarik jawapannya.

Perjalanan yang sepatutnya tidak mengambil setengah jam telah berubah menjadi 2 jam kerana kesesakan di Batu Caves sempena perayaan ‘Thaipusam’.

Hampir-hampir mendekati laluan hadapan patung emas Batu Caves, saya ternampak satu lagi ‘patung’ besar dihadapan ‘patung emas’ yang sedia ada.

“Eh! macam ku kenal muka itu, tapi dimana ya.” dialog ala ‘bujang lapok’ di dalam hati.

“Eh! ini muka Najib,PM. Najib sudah menjadi ‘Dewa’ baru gamaknya.” getus saya.

Nanti demam karang

Jingganya buku ini

Teringat suatu ketika zaman kanak-kanak. Hujan lebat menimpa atap zink rumah kampung saya. Kuat sungguh bunyinya.

Kelihatan sepupu saya bermain hujan. “Hui! seronoknya main hujan. Mak! nak mandi, boleh tak?” tanya saya.

“Mandi..ya lah, baju jangan lupa masuk bakul, jangan bersepah.” jawab mak, tak perasan anaknya nak melencunkan diri dengan air hujan.

“OK.” ringkas saya.

Seperti tersedar dari lena, mak baru perasan saya main air hujan di luar.

“Han! naik-naik, apasal kau mandi hujan tu..Ya Allah! budak ni..nanti demam..esok nak sekolah..astaghfirullah. Naik cepat.” teriak mak di kejauhan.

“Alamak! mak dah perasan aku mandi hujan.” debar hati saya.

“Naik, kau mandi balik dengan air biasa, nanti demam.” mak seakan geram dan sempat mencubit halus ke punggung.

“Adui!” respon pantas saya.

Keesokan harinya, tiada sebarang demam yang saya hidapi malah lebih segar ke sekolah.

Mungkin itu hujan dulu, hujan sekarang orang kata ‘berasid’, boleh membawa demam.Allahua’lam.

‘Demam’kan je Anwar tu

Isu Najib (Datuk Seri) ada di depan kuil Batu Caves (dewa apa pulak agaknya), mengingatkan saya akan cabaran Anwar mengajaknya untuk berdebat.

Najib jawab “Nanti demam karang.”

"tak nak lah.."

Najib dikatakan boleh men’demam’kan Anwar jika cabaran debat itu disahut kerana banyak meklumat yang bakal didedahkan yang mungkin tidak larat ditanggung oleh Anwar.

Dari sudut pandang tasawwuf, kalimah itu agak ‘ketuhanan’. Mana boleh menusia mendatangkan ‘sakit’ kepada seseorang. Allah sahaja yang Maha segalanya.

Oleh itu kena nilai balik ungkapan berkenaan, walaupun mungkin ia hanya semacam acah-acah kepada penawaran debat berkenaan, tapi ia juga seperti meng’acah-acah’kan aqidah Islam. Oleh itu kena berhati-hati.

Dari sudut yang lain, saya kepingin benar hendak mendengar hujahan-hujahan fakta mahupun retorik kedua-dua pemimpin baik kerajaan mahupun pembangkang kerana isu agenda 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat jika benar ia membawa kepada kemuflisan negara, perlulah diperjelaskan segera sebelum terlambat.

Jika benar ia satu pembaziran, maka perjelaskan dengan kadar segera kerana rakyat seperti saya inilah yang akan menanggungnya kelak.

Ayuh! Najib, berdebatlah dengan rasa kebertanggungjawaban menggalas amanah rakyat, bukan hanya “Main tembak-tembak, sorok belakang Rosmah, eh! silap, belakang bangunan,eh silap lagi..apa-apa je lah.” teringat kata-kata rakan saya agak keanak-anakkan. Tergelak dibuatnya.

Inilah masanya, selaku Perdana Menteri men‘demam’kan calon Perdana Menteri akan datang. Debat sajalah, tidak payah mengambil masa terlalu lama untuk berfikir, bukankah sudah ada banyak fakta dan maklumat yang ada.Hebahkan saja.

‘Demam’kan saja Anwar itu. “Ada berani”..

“Heheheeii, Hang Jebat, kalau berani kau turunlah, bukan kau tak tau aku kena ‘senggugut’ banyak kali masuk bilik air…” teringat saya dialog si Sudin dalam filem ‘Seniman Bujang Lapok’.

One thought on “‘Demam’kan saja si Anwar itu

  1. salam Una,

    Kak Banu kata Una dlm proses nak dtg sini… nnt blh la kita jumpa.
    suami akak kata dia kenal abg Una… Asyraf ek?

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s