Wanita: Mendodoiku,disampingku dan ‘si dia tu’

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

Surah Al Furqan [25] :74

Dalam tempoh 5 hari sejak dari 20/1 hingga 24/1 ini adalah tempoh-tempoh ujian mental dan fizikal buat saya kerana isteri berkursus BTN di Rembau, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah setakat ini, masih terkawal lagi. Semoga Allah memberikan kesabaran yang berterusan untuk menjaga, mengawal dan mendidik 3 orang anak dibawah jagaan saya.

Baru terasa ‘nikmat’ Allah menghadirkan wanita ke dalam kehidupan seorang suami.

“Nak susu…Abi? nak susu.” goyangan Awfa mengejutkan saya ketika sedang di dodoi lena. (Pukul 2 pagi tuh).

Tidak dapat tidak , saya akui kekentalan wanita yang menjaga saya,semenjak didodoikan iaitu ibu dan yang kini berada di samping berkongsi segala-galanya iaitu isteri.

Terima kasih Ibu

Wanita pertama yang bertakhta di hati sudah semestinya ibu. Biar pun dia bukan ibu yang berpelajaran tetapi ramai yang berjaya ke mercu kejayaan hasil daripada ibu yang tidak kunjung henti berdoa untuk kejayaan anaknya.

Hadith daripada Jahimah al-Sulami, beliau menemui Rasulullah lalu berkata:
“Wahai Rasulullah. Saya ingin berperang. Dan saya datang untuk
berbincang.
Rasulullah bertanya: “Adakah engkau mempunyai ibu?”
Beliau menjawab: “Ya.”
Rasulullah SAW bersaabda: “Dampingilah dia. Sesungguhnya syurga
terletak di bawah di kedua kakinya.”

Terima kasih isteriku

Saya akui, saya agak malas untuk ‘berkunjung’ ke dapur. Tetapi tidaklah bermakna saya tidak membantu.

“Boleh memasak, tapi entah tak ada jiwa ke situ, bab mengemas InsyAllah ‘no problem'”alasan yang saya nukilkan di dalam hati.

Saling ‘complement’ ayat yang sesuai untuk saya buat isteri.

Untuk tempoh minggu kursusnya(isteri), alhamdulillah sudah disediakan makanan siap untuk dipanaskan bagi tempoh 5 hari, “Huh, lega, kalau tidak berat betul tangan nak menggodam menu yang sudah berkarat di kepala.” lega saya dalam hati.

Apa-apa pun, saya dan anak-anak saya tidak perlu memakan hasil tangan kedai makan untuk menu tengahari dan malam sebab semuanya sudah di’prepare’ awal.

“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”(Hadis riwayat Anas Bin Malik).

Wanita di Tenang

Awalnya, dicanang pertandingan antara 2 wanita. Akhirnya, lawan yang berseteru gender.

Satu perkara yang bukan mudah untuk mencalonkan wanita sebagai wakil calon.Jiwanya perlu ‘besar’ kerana tanggungjawabnya malahan bebannya bertambah dek kerana menggalas tugasan ADUN (jika menang).

Saya doakan semoga kemenangan berpihak kepada yang tetap istiqamah memperjuang Islam, jika kalah sekalipun Islam tetap ditatang. Amin.

Teruskan berjuang wahai Tenang.

Wanita yang sering ‘Terbang’.

Suka saya berkongsi catatan A,Kadir Jasin yang menulis:

“Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM”

Adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan.

Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.

Hatta Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita.

Allahua’lam, banyak khabar berita menceritakan tentang wanita ini, antaranya sering ‘terbang’ tidak se’flight’ dengan suami kerana urusan negara,lagak seperti menteri kabinet dan dikatakan banyak menghabiskan wang negara.

Bagi saya, ‘tunggu dan lihat’.

Inilah dia wanita-wanita yang berada di fikiran saya: dulu(tetap di hati), kini (sering menyintai) dan baru-baru ni.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s