Gagal tidak bererti kalah

Saya tertarik dengan isu kerajaan Selangor yang gagal untuk meminda Perlembagaan Negeri iaitu Perkara 58 Fasal 5 (Bahagian 2) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor dan MB Selangor dalam melantik 3 pegawai eksekutif negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Mutakhir ini, banyak isu yang berbangkit terjawab dengan sendirinya tanpa pihak lawan membalasnya. Masyarakat semakin faham hasil kecanggihan teknologi, mereka bolh mengakses internet dan boleh membuka perbincangan dalam mana-mana laman khususnya yang lebih bersifat Islamik.

Kegagalan ini saya nilai disebalik peristiwa Perjanjian Hidaibiah yang berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah antara puak musyrikin Mekah dengan Rasulullah.

Banyak pihak khususnya kaum muslimin melihat peristiwa perjanjian ini dariada sudut zahir. “Kita sudah kalah sebab kita banyak beralah dengan musyrikin.”

Tidak kurang juga yang sanggup mengatakan Rasulullah tertipu malah dilihat ‘bodoh’ dalam menyelesaikan perkara ini.

Namun Allah SWT dan Rasulnya yang lebih mengetahui setiap perancangan yang dijalankan.

Sebelum itu banyak peristiwa yang menyayat hati iaitu Saidina Ali dipinta oleh Rasululah sendiri untuk memadamkan nama Muhammad Rasulullah, cukup sekadar Muhammad.

Saidina Ali r.a tidak sanggup memenuhi permintaan Rasulullah hasil desakan Suhail ibn Amru, jururunding pihak Musyrikin.

Ali menitiskan air mata ketika memadam nama Rasulullah, tetapi cuba juga menurutinya.

Tetapi kesan titisan air mata tadi memberi hikmah yang besar kepada umat Islam iaitu:
1.Berkembangnya syiar Islam.
2.Kehidupan masyarakat aman dan damai.
3.Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
4.Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.
5.Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.

Kesan daripada perjanjian Hudaibiah ini juga menyebabkan Musyrikin Quraisy semakin lemah, Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju, orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah, Rasullah juga mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir dan menggambarkan corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran yang sudah semestinya atas hidayah daripada Allah SWT.

Kembali kepada isu kerajaan Selangor, kegagalan yang menimpa ini juga mempunyai hikmah dan telah membuka mata masyarakat bahawa puak mana yang membelakangi dan membela Sultan.

Isu seperti ini ibarat senjata memakan tuan, puak yang kuat kononnya mempertahankan sultan akhirnya jelas memperlekehkan kesultanan. “Siapa yang derhaka? mereka dan keluarga mereka.”

Isu ini mengajak kita berfikir sejenak, “Who is right, who is wrong, who is weak and who is strong.”

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s