Kurangkan patuh pada agama?

Video wanita non-muslim, menangis membela muslimat

Memetik sub-tajuk akhbar Kosmo pada hari ini 24 Januari 2011, iaitu Kuan Yew gesa penduduk Islam kurang patuh pada agama. Antara yang dapat saya cungkil daripada pernyataan beliau ialah berkenaan Islam, pemimpin, perkahwinan dan jiran.

Pada saya, Kuan Yew berhak berbangga dengan dirinya kerana berjaya membangunkan negara yang asalnya bermodalkan sifar kewangannya dan dalam tempoh 31 tahun pemerintahan beliau, Singapura telah menjadi sebuah negara maju meninggalkan Malaysia dan negara-negara serantau.

Akhbar Kosmo memetik kata-kata beliau iaitu “”Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam.” kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Menarik buku ini, jadi apalagi serbu kedai buku sekarang, cari buku ini.

Islam sekali lagi nampak pelik dan susah. “Ok lagi sebab yang cakap ni non-muslim, pengetahuan terhadap Islam memang kurang dan mungkin ‘nil’.” monolog saya.

Memang Islam tidak sama dan tidak akan sama dengan agama lain. Ini adalah hakikat. Tetapi tidaklah bermaksud Islam menolak untuk bertoleransi dengan agama yang lain.

Rasulullah sendiri melarang para sahabat untuk mengapa-apakan rumah ibadah agama lain semasa berlaku peperangan. Ini bukti jelas Islam itu aman.

Persoalannya, integrasi daripada sudut mana? Jika soal aqidah sudah pasti ditolak, tetapi jika soal kerukunan masyarakat, bahkan Islamlah yang akan kehadapan.

Firman Allah ” Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi)” rahmat bagi seluruh alam.” (al Anbiya’:107)

“Tak baca buku ke…ingat dah pandai, rupa-rupanya ada ‘bebal’ jugak orang tua ni.” rungut saya dalam hati.

Sambung beliau lagi “Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya. Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah,” kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam.

Benarlah sabda Rasulullah saw “Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”

Sahabat lalu bertanya “Ya rasulullah, Siapakah orang asing itu ? Rasulullah menjawab ”Itulah orang yang berbuat baik di waktu manusia berbuat kerosakan” (Hadits Riwayat Muslim)

Kefahaman Kuan Yew berkenaan Islam teramat cetek kerana Islam tidak pernah sekali menyuruh umatnya untuk bermusuhan dan tidak pernah menghalang untuk bersosial.

Jika beliau berjaya membuat sistem yang baik untuk Singapura dengan pelbagai undang-undang dan peraturan bagi melicinkan perjalanan pembangunan Singapura, begitu jugalah dengan Islam.

“Umpama ‘traffic light’ yang berwarna merah, andai kita tidak berhenti apakah yang akan berlaku kepada sistem pengangkutan? Sudah pasti akan berlaku perlanggaran antara satu sama lain.” teringat saya akan analogi seorang ustaz dalam menjelaskan susuk tubuh Islam pada satu kuliah.

Tidak ada tegahan untuk berkahwin berlainan bangsa, cuma perlu selaraskan aqidahnya. Jangan serahkan anutan agama kepada anak-anak untuk memilih, akan jadi haru kelak. Takut-takut jadi macam Indonesia.

Lelaki agama Hindu, perempuannya agama Islam, anak nanti biar dia yang pilih sendiri.

“Jangan buat kerja gila, kalau anak itu terdedah dengan hiburan, mana naknya dia pilih Islam. Pasti Islam dipandang susah.” kata hati saya.

Firman Allah “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.” (al Kafirun:6)

Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai.

“Kita mempunyai jiran-jiran yang peramah? Sedarlah… Inilah yang melemahkan kita kerana kita merupakan orang yang gemar mencampuri urusan orang lain,” katanya yang mendakwa usaha Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura.

Pada saya, persaingan untuk menjadi lebih baik adalah amat digalakkan, apatah lagi berkenaan perniagaan. Ini lumrah, ‘dengki’ namanya.

Dengki yg dibolehkan ini berdasarkan hadith yg bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua hal; yaitu iri hati terhadap orang yang dikaruniai harta dan dia selalu menginfakkannya pada malam dan siang hari. (juga iri) terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).

“kan cantik Islam tu, cuma jangan dengki nak jatuhkan orang disebalik nak membangunkan diri, itu dilarang..Kuan Yew, Kuan Yew.” dengus saya dalam hati lagi.

Tambah Kuan Yew lagi,”Satu undian menyatakan 90 peratus masyarakat Cina Singapura menyatakan mereka akan melantik seorang bukan Cina sebagai PM. Baiklah, ini adalah ideal. Anda percaya undian-undian ini? Betul-betul sampah. Mereka bercakap apa yang secara politiknya betul,” tegasnya.

Saya rasa, beliau hendak jadikan Singapura sebagai Dinasti moden Kuan Yew tanpa menjelaskan secara nyata.

Lihat! setakat ini Singapura walaupun sudah beralih kuasa tetapi masih dipegang oleh waris Kuan Yew sendiri iaitu anaknya.

“Buatlah, jatuh jugak nanti, berapa banyak empayar yang besar-besar akhirnya jatuh juga.” fikir saya sendiri.

Lagi yang menarik minat saya tentang kenyataannya ialah berkenaan perkahwinan, Kuan Yew mempertahankan dasar mempromosikan perkahwinan sesama rakyat Singapura yang berpendidikan tinggi.

Analoginya ialah “Ini adalah hakikat kehidupan. Anda mempunyai seekor kuda betina yang bagus, anda tidak mahu membuat kacukkan antara ia dengan seekor kuda biasa. Anda akan mendapat anak kuda yang kurang bagus. Manusia yang tertarik kepada karakteristik fizikal akan menyesal mengenainya,” katanya lagi.

Beliau menjangkaui ketentuan Allah, tak apalah memang dia pun bukan Islam. ‘Plan’ yang cantik tapi di’set’ siap-siap. Maka jadilah Laila Majnun.

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menyebut “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, ‘Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu.”

Turut dicatatkan di sini (Kosmo), Kuan Yew mendedahkan beliau telah mendermakan semua pendapatannya berjumlah AS$10 juta (RM30.6 juta) kepada kebajikan sejak mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada tahun 1990 selepas 31 tahun berkuasa.

Menteri-menteri kabinet Singapura mendapat bayaran gaji tertinggi di dunia sebagai sebahagian daripada strategi mencegah rasuah dan menarik bakat dari sektor swasta.

Saya bersetuju tapi tidak seratus peratus.

Sebagai langkah pembasmian rasuah, langkah ini amat bijak tetapi tidak kepada manusia yang memang sentiasa tidak ‘cukup’. Semakin besar gaji, semakin besar juga rasuahnya. Ini realiti.

Akhir sekali, saya dalam hal ini memandang Kuan Yew tidak bijak mengatur diplomasi dengan Islam dan begitu juga dengan isu kenegaraan. Secara luar sedar, beliau sudah membangkitkan perasaan tidak puas hati negara-negara berjiran.

“Dia tak sedar, Singapura duduk bawah Malaysia je,apa-apa pun dia masih bergantung kat negara-negara berjiran, biar besar manapun kuasa dia dengan Amerika, dia tetap di perairan Laut China Selatan. Apa-apa boleh jadi.” getar hati saya menyuarakan.

Apa-apa pun saya ‘refer’ hal ini sebagai berkawannya orang Islam dengan non muslim tapi tidak menonjolkan dan menerangkan Islam kepada mereka yang tak kenal. Maka jadilah seperti peristiwa di Tenang. Isu tak bersalam tangan dengan lelaki dan salam tangan berlapik digendangkan. Padahal yang bercakap itu pula ‘kantoi’ berzina dengan perempuan lain.

Inilah peristiwa yang menyebabkan Islam semakin dijauhi bukan didekati.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s