Bila Muslim Tidak Islami

Nyah kau dari Mesir

Rentetan peristiwa laungan ‘revolusi’ di Mesir, kalangan cendekiawan sependapat,ia adalah hasil muslim yang memerintah tetapi mengenepikan hukum Islam iaitu keadilan.

Di Tunisia, sistem pemerintahan yang tidak adil dan kegagalan kerajaan menyediakan peluang kerja telah menyemarakkan ‘api kemarahan’ rakyat.

Sempat saya mendengar sekilas ceramah DS Anwar Ibrahim semalam pada majlis Hi-Tea di Hulu Bernam.
“Hasil daripada kerja tiada, pergi berniaga sayur, ke sana diserbu pihak berwajib, dilarang berniaga, ke sudut lain, diserang juga, tidak dibenarkan berniaga..balik jumpa isteri, isteri tanya..takkan bawa balik sayur je bang..suami ‘tension’ timbul rasa benci dan geram yang meluap-luap sehingga putus harap dan sanggup membakar diri demi ‘protes’ kepada pemerintah yang tidak adil. Tuan-tuan..dia adalah seorang graduan tapi tiada peluang pekerjaan untuk dia.” hurai Anwar Ibrahim di Dewan Cina Hulu Bernam.

Bye2 Tunisia

“Presiden Tunisia ni jugak mempunyai isteri yang lagaknya sama dengan ‘first lady’ kita (Malaysia). Tuan-tuan fikir sendiri..dia tengok rakyat seperti dia tak cukup makan, tapi pemimpin kaya-raya..sebab itu berlaku perkara ini.” tambah Anwar.

Dalam surat Al-Ma-idah (5): 8,
“Berlaku adillah! Karena adil itu lebih dekat kepada takwa.”

FirmanNya lagi :

Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka
berkah dari langit dan bumi. (Tetapi) mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya (QS Al-A’raf [7]: 96)

Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu, memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan
mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai
(QS Nuh [71]:10-12).

Dari ayat di atas, jelas keadilan akan mengemudi kepada ketakwaan, dan ketakwaan menghasilkan
kesejahteraan.

Dari sudut yang berlainan, ada juga yang menganggap ini adalah desakan-desakan pihak tertentu yang ‘digunakan’ untuk meraih keuntungan.

Ini kerana, tiada pihak yang menonjol untuk memimpin Mesir ketika ini kecuali bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei yang juga mempunyai hubungan baik dengan Amerika kecuali dari kelompok Muslim Brotherhood yang turut sama dengan pemberontakan itu.

“Now, we are not afraid anymore especially to the government.” ulas Ust Ihab di dalam kelas saya kelmarin yang berasal dari Mesir.

Rasuah, kronisme dan ketidakadilan yang lain telah membentuk peristiwa ini daripada berlaku. Adakah kita di Malaysia juga sama?

“Lu piker la sendri” teringat pulak kata-kata Nabil.

“Malay tak sama, tahap toleransi dia lain, kecut pun banyak..tak mungkin berlaku..tak sampai tahap itu lagi.” pendapat rakan sekelas saya.

Apa-apa pun, Islam itu adil dan keadilan hanya akan diperolehi melalui Islam.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s