Hikmah Yang Tersirat

Hari ini, sempat saya membelek-belek tajuk-tajuk utama akhbar dan tabloid. Sememangnya tiap-tiap pagi inilah kerja saya, menyusun surat khabar bagi memudahkan pelanggan melihat berita terkini hari ini.

Pada masa yang sama, sebelum menelaah jurnal-jurnal untuk ‘literature review’ kajian saya, terasa gatal pula tangan dan kepala ini untuk menyentuh isu PRK dan berkenaan ‘hikmah’.

Tajuk sisipan Berita Harian,’Wang ihsan untuk mangsa banjir – PM’. Kelihatan Perdana Menteri mengintai dari tingkap pesawat ringan melihat sendiri Segamat tenggelam dan tidak berfungsi. Sejarah ke-2 Segamat tenggelam dan terburuk kerana ada laporan kematian diberitakan.

Kemenangan BN di Tenang

Firman Allah dalam surah al-Baqarah : 269 “Allah menganugerahkan hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Quran dan sunnah ) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang berakallah yang dapat mengambil pelajaran.”

Pengumuman BN sebagai pemenang PRK Dun Tenang memang bererti sekali kerana tanggungjawab untuk memberikan peruntukan ke atas mangsa banjir adalah satu tugasan yang besar.

“Allah Maha Mengetahui” itulah ucapan yang terkeluar di benak fikiran saya melihat akan betapa buruknya banjir yang dilaporkan.

Hikmah yang Allah berikan amat besar sekali.

Cuba bayangkan jika calon PAS (Cikgu Normala Sudirman)menang, dengan kekuatan jentera yang terhad, baik pada aspek kewangan mahupun sumber tenaga, pasti ia akan menimbulkan banyak fitnah kepada ADUN iaitu Cikgu Mala (jika beliau menang).

Sebab itu Timbalan Menteri Ahmad Maslan dalam ucapannya selepas diumumkan kemenangan wakil BN, dia mengatakan…

Dari sudut tirus fikir saya, itulah cara kemenangan BN, menggunakan setiap ‘dokongan’ di belakang calon, MB, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, timbalan perdana menteri dan PM sekaligus. Itulah dia kekuatan yang mereka gunakan cuma untuk mengalahkan calon lawan yang kederatnya sudah tentu tidak sebanding kekuatan yang digunakan oleh BN. Tahniah! diucapkan.

“Lepas ni, jangan lupa ‘settle’kan segamat yang banjir tu..”

Jadi, ‘kena’lah dengan kemenangan yang Allah berikan kepada mereka.

Bagi warga Segamat, kenal pasti ‘aktor-aktor’ yang berjanji pada PRK lepas. Khuatir ‘orang-orang’ ini cabut lari bagi menyelamatkan diri masing-masing daripada banjir besar di Segamat.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s