Carilah Kekasih Yang Sah


Samada kita ingat atau tidak, saya kira ramai yang menghitung dan merancang untuk hari Valentine berbanding dengan bulan Rabiulawal yang di dalamnya terdapat peristiwa besar Rasulullah SAW.

Kisah hijrah nabi, kelahiran nabi dan juga kewafatan nabi, semuanya berlaku di dalam bulan yang mulia ini.

Namun bulan-bulan miladi atau masehi juga yang terkadang paling diingati berbanding bulan-bulan hijri. ‘Mereka’ sememangnya berjaya.

Carilah Kekasih Yang Sah

Saya sengaja tidak mahu meng’highlight’ perkataan “Valentine’s Day’. Dari psikologi, mengetengahkan tajuk yang fokus akan menyebabkan segolongan mereka yang lupa akan membuat mereka mengingatinya.

Begitulah dengan hari Valentine ini.

Tulisan ini juga bukan cuba mengingatkan hari ini (V-day) tetapi ingin mempromosikan perkara yang haq iaitu memiliki kekasih yang sah dan haq selepas Allah dan Rasulullah SAW.

Daripada kita membazirkan duit untuk kekasih yang belum tentu dimiliki hanya sekadar konon-kononnya akan disatukan, lebih baik dicadangkan untuk menikahinya terus.

Jika masih berfikir-fikir (baina-baina) untuk ke arah itu, usahlah berusaha untuk bermain-main dengan nafsu yang bergejolak untuk memiliki wanita atau pria yang diminati.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, “Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Lumrah kehidupan manusia, memiliki yang tiada dan melengkapkan yang kurang.

Cuma, ada beberapa perkara yang perlu diingati bersama.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat”.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

Promosi ‘Jalang’

“There have been campaigns promoting ‘no panties’ on Valentines Day and even free hotel room offers for unmarried couples. We must stop such practices here as these are sinful activities”

Dipetik daripada Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasaruddin Tantawi di msn.com.

Amat ditakuti perkara ini daripada berleluasa kerana ramai yang terlibat dengan gejala ini adalah dari kalangan remaja dan yang belum berkahwin serta golongan yang sudah berkahwin tetapi tiada hubungan yang kuat dengan Allah.

“We have identified spots in these states which are used by lovers and we are deploying local religious department officials as well as party members to stop such sinful acts like casual sex which violates Islam,”Nasrudin told AFP.

Hubungan yang bukan mahram ini dipandang jijik namun jika ia dijalankan dengan pernikahan yang sah, yang jijik itu adalah murni di sisi Islam.

Kesimpulan

Promosi untuk ‘Jom Nikah’ ini bukan untuk ‘V-day’ ini sahaja tetapi berlangsung untuk sepanjang hayat kerana kekhuatiran akan keruntuhan tamadun dan ummah itu akan berlaku apabila generasi yang tidak bermoral mengambil tempat memegang tampuk pemerintahan.

Lihat sahaja, jatuhnya tamadun Rom, Parsi bahkan Uthmaniyyah sendiri jatuh akibat akhlaq dan moral yang rendah yang tidak bisa dibendung akhirnya rebah mencium tanah tanpa ada tanda-tanda untuk bangkit kembali.

Bicaralah soal hati ini dengan iman demi masa depan yang cerah untuk Islam dan dunia.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s