Malaysia menuju ‘budaya kuning’

“Ya Allah, front page ke gambar rakaman video ni..”

“Apalah diorang ni, takkan benda yang aib ni pun nak dijadikan promosi melariskan akhbar.”

“Diorang tak fikir ke kesan jangka panjang bila di’highlight’kan benda ni kat ‘front page’.”

“Besarnya gambar hitam putih ni, a’ah la ada iras-iras Anwar la.”

Saya agak terkejut dengan tersiarnya berita mengaibkan di muka hadapan akhbar utama yang menayangkan gambar rakaman yang kononnya pemimpin pembangkang.

"Ya Allah, jauhkan kami dari bala' bencanaMu, kami lemah ya Allah, kami hina ya Allah, kami penuh dengan kekurangan ya Allah, dari itu bantulah kami dalam menelusuri kehidupan kami ini."

Perkara yang boleh dianggap ‘personal’ ditayangkan di khalayak umum. Mungkin si pendakwa menjangkakan ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’. Daripada orang dok asyik menyalahkan ‘aku’ (Datuk T) lebih baik aku bagi orang tengok sendiri barang ‘baek punya’ ini.

Budaya kuning

Saya masih teringat, satu ketika di zaman kanak-kanak, perkataan ‘babi’ adalah satu yang amat terlarang untuk menyebutnya apatah lagi menggunakannya untuk memaki atau mengejek orang. Pasti diherdik ataupun dipiat telinga kerana menggunakan perkataan itu.

Pada mereka perkataan ‘babi’ ini jijik sejijik memakannya. “Eeeyak, nak termuntah..uwek.”

Begitu sekali jijiknya ‘babi’ walaupun tidak mengenalinya secara dekat bahkan mukanya juga tidak berapa pasti pada ketika itu.

Tetapi, dekad terkemudian ini perkataan itu tidak banyak mempengaruhi suasana, bahkan sudah dijadika perkara biasa dan tidak ada simbol jijik kepada binatang berkenaan dek pengaruh media yang mempopularkan perkataan itu di saluran dan siaran mereka. Bahkan mungkin babi boleh dijadikan haiewan peliharaan mungkin kerana kecomelannya dan keunikkan hidungnya yang tidak terdapat kepada haiwan lain.

Kini, timbul satu lagi budaya yang dianggap ‘taboo’ telah disebarluaskan kepada khalayak ramai.

Tanpa sekatan dan atas dasar ‘dunia tanpa sempadan’, perkara ini semakin dipromosi di dada akhbar, maka saya menjangka ia adalah penunjuk aras kepada budaya kuning sedang melanda Malaysia degan hebatnya.

Tidak ada undang-undang untuk menyekat pelayar-pelayar siber untuk melihat bahan lucah di internet tetapi ramai yang melayarinya tanpa pengetahuan dan kini ia dipromosi pula di akhbar-akhbar utama atas dasar mencari ‘kebenaran’ maka hipotesis awal yang saya jangka ialah budaya kuning akan memacu masyarakat Malaysia dengan lebih hebat lagi.

Perkara-perkara yang mungkin berlaku:
1.Melayari ‘youtube’ untuk mencari klip rakaman DSAI
2.Link-link berkaitan (related links) akan memberi cadangan untuk tontonan.
3.Rakaman yang terlalu ringkas, menguja pelayar-pelayar internet untuk menonton klip berkaitan atau tidak berkaitan yang lebih ‘panas’.

Berbaloikah saya yang cuba mendidik anak menjadi insan yang soleh yang terjaga pandangannya tetapi sahabat-sahabatnya tidak?

Tidak, kerana jika hanya saya dalam keluarga sahaja yang berperanan tidak pada jiran-jiran, masyarakat sehingga ke peringkat kerajaan, maka anak saya tidak akan terselamat bagi mengelak perkara ini dari mempengaruhinya. Na’udzubillahi min dzalik.

Pasti ada kesan sampingan yang bakal melanda jika tidak ditampan situasi ini daripada terus berkelangsungan.

Peristiwa Aisyah difitnah

“Kau lihat tu dengan siapa Aisyah bersama. si Sofwan al Mu’attal.”

“Boleh ke, seorang mu’minah berjalan bersendirian disusur sang lelaki.”

“Eh! mana boleh, ni mesti ada benda tak elok berlaku ni.”

Akibat daripada peristiwa ini, fitnah berlaku dan Aisyah yang tidak tahu menahu berita sebegini tersebar hanya mendapat tahu setelah dia ditemani Ummu Mustah yang terjatuh lalu menyebut perkara yang tidak baik kepada anaknya Mustah.

Lantas Aisyah memberi kata dua kepada Ummu Mustah lantaran perkataannya itu.

Ummu Mustah berasa pelik kerana Aisyah mempertahankan orang yang membuat tuduhan zina kepadanya.

Lalu , Ummu Mustah menceritakan perkara yang sedang berlaku, Aisyah menangis teresak-esak kesedihan atas perkara berkenaan.

Inilah ujian yang besar yang melanda Aisyah, “Aku tahu Allah Maha mengetahui, aku tidak layak untuk Allah menitipkan ayatNya mengenaiku di dalam al Quran tetapi aku berdoa agar Allah mendatangkan mimpi kepada Muhammad akan kebenaran di sebalik peristiwa ini.”

Tidak lama kemudian, Jibrail datang menurunkan wahyu kepada Muhammad yang dalam keadaan berbaring.

Peluh keluar dari badan baginda dan Abu Bakar mengetahui bahawa wahyu sedang turun kepada baginda lantas menyelimutkan Muhammad.

Abu Bakar berdebar, Muhammad bangun daripada pembaringannya dan senyum ke arah Aisyah dan berkata “Bersyukurlah Aisyah, sudah turun wahyu membenarkan kamu.”

Abu Bakar gembira.

Aisyah berkata ” Aku tidak akan berterima kasih kepada Muhammad tetapi aku akan berterima kasih kepada Allah yang sudah menyelesaikan masalah ini.”

Nabi Muhammad mengumpulkan orang ramai dan naik ke mimbar lalu membacakan ayat-ayat daripada surah al Nur yang menyatakan fitnah yang berlaku itu tidak benar.

Lantaran itu, tiga orang yang beriman dek kerana terlajak bicara sehingga membuat tuduhan zina kepada Aisyah telah dijatuhkan hukuman qazaf iaitu sebat.

Mereka adalah Mustah, Hasan bin Tsabit dan Hamnah binti Jahash

Sahabat yang dipuji dalam peristiwa ini ialah Abu Ayub al Ansari.

Berkata isterinya Ummu Ayub, “Adakah kau dengar cerita Aisyah?”

“Aku dengar”

“Apakah pandangan kamu Abu Ayub.”

“Wahai Ummu Ayub, adakah kamu tergamak melakukannya.”

“Demi Allah, tidak.”

“Adakah aku akan melakukannya.”

“Tidak.”

“Aisyah itu lebih baik daripada kamu, dan Sofwan itu lebih baik daripada ku.”

Manakala Abu Bakar di tegur oleh Allah dalam al Quran kerana tidak mahu menanggung lagi keluarga Mustah yang ditanggungnya dahulu kerana kemiskinan lantaran peristiwa Aisyah ini.

Abu Bakar membayar kaffarah atas sumpahnya untuk tidak membantu keluarga Mustah.

Abu Bakar menyambung semula bantuannya kepada keluarga Mustah.

Fitnah ini mengambil masa sebulan sehingga turunnya ayat Allah SWT yang membenarkan Aisyah.

Kesimpulannya, fitnah itu bahaya kerana ia ibarat ‘virus’ yang tidak nampak penularannya dengan mata kasar tetapi ia bisa menjatuhkan maruah, hubungan keluarga dan institusi masyarakat.

Hanya hukum Allah sahaja yang boleh membendung perkara ini, jika tidak dibendung segera..’Malaysia menuju ‘budaya kuning’.

One thought on “Malaysia menuju ‘budaya kuning’

  1. salam kenal.. jemput la singgah my blog ‘Aku Sebutir Pasir’ kalau nak baca my experiences travelling ke 45 buah negara..🙂

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s