Islam Itu Praktis

Sekitar 10 pagi, sempat saya bersarapan dengan seorang sahabat sambil bersembang tentang pelbagai isu.

Saya memesan roti sardin dan teh tarik kurang manis manakala sahabat saya roti kosong dan air suam.

Selang beberapa minit, air yang kami pesan dilorong ke meja kami. Dengan basmalah saya menghirup teh tadi untuk memastikan tahap kemanisan teh tadi.

“Emm..ok, tak manis”

Tidak lama selepas itu datanglah makanan yang kami pesan tadi.

“En. Azizi, macamana jadi ke pergi UUM.” tanya saya.

En. Azizi adalah pelajar DBA (Doctorate in Business Admin) dan sedang merancang hendak ke UUM barang 10 hari bagi memastikan momentum tesisnya pada kelajuan yang ‘standard’.

“Tengoklah nanti dalam hujung minggu ni insyaAllah, la ni dok tengah ghisau pasal rumah, ‘renovation’ dak siap lagi.”

Dalam pada itu, saya cuba menghirup minuman teh saya tadi untuk kali kedua. “Aik..!”

“Ada lalat la En. Azizi.. takpa-takpa saya tenggelamkan dia.”

nak minum ke tak nak

Pada masa yang sama En. Azizi cuba memanggil ‘waitress’ untuk menukarkan air saya tadi, tapi sempat saya halang hajatnya.

Islam Itu Praktis

Nabi SAW bersabda, “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

Lalat tadi saya tenggelamkan dan saya keluarkan kembali dari bekas minuman saya.

Saya perasan En. Azizi memerhatikan perbuatan saya.

Sebenarnya, inilah kali pertama saya lakukan seperti ini. “Tawakkaltu ‘alallah”

Lazimnya, saya akan bertindak seperti apa yang cuba En.Azizi perbuat. Panggil ‘waiter’ tukar air minuman.

Bukan tidak tahu, barangkali keseimbangan keimanan yang sentiasa tidak menentu, sedar tidak sedar tercalit perasaan “Eee! kotor la lalat ni.”

Tapi hari ini, dapat juga saya menidakkan ragu-ragu untuk ke sekian kalinya, sekurang-kurangnyal sunnah
itu dipraktikkan tanpa rasa was-was.

Terdetik juga dihati, “Betullah, Islam ni benda yang kita buat hari-hari”

‘Islam Is The Way of Life’

“Aku belajar dy/dx kat sekolah, takde aku guna kat kedai nak beli barang..paling tidak tambah, tolak, kali, bahagi..mana ada dy/dx..pengkamiran.”

“Aku belajar ‘Game Theory’ dalam ekonomi…Islam ajar ‘good governance’..al amanah.”

“Aku belajar ‘Welfare Economics’…Islam ajar keluarkan zakat, sadaqah, ihsan”

Teori-teori ini semua dibukukan setebal-tebal buku namun hakikatnya ia bertitik tolak kepada iman. “Nak ikut ke tidak.”

“‘Simple’ je Islam ini rupanya.” baruku rasa ada iman dalam diri.

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” Al-Saff: 2-3.

Berbalik kepada kejadian tadi, mungkin wujud sedikit dakwah secara tak langsung kepada En. Azizi walaupun tidak berniat.

Dan saya juga benar-benar takut akan peringatan Allah dalam ayat di atas kerana pembabitan diri dalam memberikan sessi tazkirah pada masyarakat sekitar, justeru meminta Allah sentiasa melorongkan kepada kebenaran dan sempadankan serta dindingkan akan segala keburukan.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s