Seputar Ingatan..

Oleh kerana, hari Rabu adalah hari kelas saya yang terakhir setiap minggu, maka pada malamnya dirasakan seolah-olah ‘heaven’  bagi saya. Begitulah keadaan saya dengan kelas pengajian sepanjang minggu. Dan kini menghampiri akhir semester, bebanan itu semakin bertambah kerana imtihan nihaie bakal menjelma. Ya Allah, permudahkanlah untukku segalanya..Amiin. Apa yang penting fikir positif dan laksanakan jadual yang dirancang, insya Allah khair!

Tujuan utama post kali ini, hanyalah untuk mengulang semula kenangan sepanjang kami berada di bumi Amman ini sejak pertengahan Ogos yang lalu. Bukannya apa, sebagai lipatan memori untuk dikenang dan dihayati pada masa depan nanti. Pastinya ia akan menjadi sesuatu yang sangat berharga, kerana manusia kadangkala bersumberkan memori lamanya untuk mendapatkan inspirasi dan memugarkan semula semangatnya.

Oleh kerana kami sampai pada pertengahan Ramadhan 1432H, maka tentunya kami berhari raya di sini. Alhamdulillah, tidak begitu ketara kesedihan atau ingatan kepada ahli keluarga dan sanak saudara kerana Aidilfitri pertama kami di perantauan ini juga tidak kurang meriahnya. Ke sana ke mari juga kami menaiki coaster bersama  warga Malizi Sweileh yang lain semata-mata untuk menghadiri jemputan rumah terbuka. Tidak timbul perkara baru berkenalan atau sebagainya, sesiapa sahaja yang dijumpai asalkan warga Malaysia dirasakan dekat di hati. Memang betullah fitrah manusia cenderung untuk bersama dengan klik yang sama dengannya. Sebab itu jugalah Islam menggalakkan kita berkenalan dengan kaum-kaum dan suku-suku yang lain agar pemikiran dan pengetahuan kita bertambah.

Pada minggu pertama Syawal, kami mula berpindah ke rumah sewa kami yang baru. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan bantuan yang tidak terhingga daripada para sahabat di sini. Rumah kami, tidaklah besar, tetapi cukup untuk memenuhi keperluan kami sekeluarga. Yang penting, berdekatan dengan jalan utama untuk memudahkan saya berulang-alik ke kelas nanti. Sempat juga dalam fatrah sebelum bermula seemester pengajian ini, kami berjaulah ke Bahr Mayyit dan Ghar Ashab al-Kahfi. Jaulah bertemakan pasak iman dan inzar terhadap azab ini, kami pergi bersama warga MaliziSweilih yang lain. Naik coaster lagi..😉

Alhamdulillah, kenangan dan pengalaman yang sangat berharga. Semoga diri ini, suami dan anak-anak mampu memiliki iman seteguh ahli Gua al-Kahfi ini yang mampu menongkah ujian ketakutan dan kesakitan terhadap dunia dan segala isinya hanya kerana untuk memelihara syahadah yang trpahat dlam hati mereka. Amiin..

Kami sekeluarga di hadapan Kedutaan Malaysia di Jordan.

Dalam perjalanan ke gua
Serpihan tulang anjing para pemuda gua

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s