Apa Ada Pada Surah Al-Kahfi?

 

Terdapat banyak riwayat hadith dari Nabi S.A.W yang menyatakan tentang kelebihan bagi mereka yang membaca surah al-Kahfi akan terlindung daripada fitnah Dajjal. Antara hadith tersebut;

1. وعن أَبي الدرداءِ – رضي الله عنه – أنَّ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قَالَ: «مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ (وروي من آخر) سُورَةِ الكَهْفِ، عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Bermaksud: Dari Abu Darda’ sesungguhnya Rasulullah S.A.W berkata:”Sesiapa yang menghafaz 10 ayat dari awal surah (riwayat lain, dari akhir surah) al-Kahfi, ia dilindungi daripada Dajjal. (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

2. وعن أبي سعيدٍ عن النبي – صلى الله عليه وسلم: «من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين

Bermaksud: Dari ABu Sa’id al-Khudri, dari Nabi S.A.W:”Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat cahaya meneranginya antara 2 Jumaat. (Hadith riwayat al-Hakim dan beliau menyatakannya sahih)baca seterusnya..

Contoh hadith tersebut yang merupakan sebahagian daripada hadith-hadith yang lain yang menyatakan tentang kelebihan surah al-Kahfi adalah petanda yang sangat kuat untuk kita meneliti apakah yang terkandung di dalam surah ini, sehinggakan ia mampu menyelamatkan manusia daripada fitnah Dajjal? Kenapa Nabi mengkhususkan surah ini berbanding surah-surah yang lain? Sedangkan Nabi S.A.W juga mengingatkan kita tentang Dajjal ini dan bahayanya dalam hadith yang lain;

عن عمران بن حصين قال النبي صلى الله عليه وسلم: “ما بين خلق آدم إلى قيام الساعة أمر أكبر من الدجال” ا

Bermaksud: Dari ‘Imran bin Husain berkat Nabi S.A.W:”Tiada perkara antara kejadian Adam hingga berlakunya hari kiamat perkara yang paling besar daripada Dajjal.” (Hadith riwayat Muslim)

Seperkara lagi yang penting untuk direnungi ialah, kelebihan yang diperolehi daripada surah ini tidak didapati hanya sekadar membacanya pada setiap malam Jumaat semata-mata, tetapi adalah dengan cara memahami dan menghayati makna-makna yang disampaikan melaluinya, lalu dijadikan panduan dalam menentukan pilihan dalam kehidupan.

Apakah Mesej Utama Surah Ini?

Surah ini secara umumnya terdiri daripada 4 kisah yang Allah Taala nyatakan secara umum, iaitu bermula dengan kisah para pemuda al-Kahfi, kisah pemilik dua kebun yang subur, kisah Nabi Musa dan hamba yang soleh, serta kisah Zulqarnain.

Mesej utama atau wihdat al-maudhu’iyyah dalam surah ini adalah konflik antara iman dan kebendaan yang secara langsung berkaitan dengan kekuatan pentadbir alam semesta dan tabiat atau sebab-sebab daripada penciptaan-Nya. Begitu juga boleh dikatakan antara iman dengan perkara ghaib dan beriman dengan kebendaan dan alam yang nyata. Pertentangan antara 2 perkara inilah yang jelas berlaku di hadapan mata kita di akhir zaman ini, justeru ia amat signifikan dengan justifikasi bahawa mereka menghayati surah ini adalah terlindung daripada fitnah Dajjal.

Hubungan Surah Al-Kahfi Dengan Fitnah Akhir Zaman

1. Kisah pemuda al-Kahfi adalah khusus ditujukan buat para pemuda, ia menggambarkan bagaimana pesona kehidupan dan kongkongan pemerintah telah  menyebabkan para pemuda al-Kahfi mengambil kata putus untuk meninggalkan ‘kehidupan’ itu demi mempertahankan aqidah mereka. Di sini kita lihat bagaimana para pemuda ini memilih aqidah tanpa kehidupan maddiah berbanding kehidupan maddiah tanpa aqidah. Justeru, inilah yang harus dicontohi oleh pemuda Islam masa kini agar berhati-hati dengan kehidupan duniawi yang pada kebanyakan keadaan dan masa melalaikan manusia daripada mempertahankan aqidah tauhid dan berpaling mensyirikkan ALlah dengan fahaman kebendaan dan dunia. Kesan daripada kekuatan mereka mempertahankan aqidah tauhid serta kekuasaan Allah Taala, mencetuskan perubahan pemikiran masyarakat dan pemimpin kepada yang iman yang sebenar sebagaimana tergambar pada akhir kisah ini.

2. Kisah pemilik 2 kebun pula adalah ibrah khusus buat mereka yang berharta dan memiliki kemewahan sama ada banyak atau sedikit, agar sentiasa beringat bahawa kelebihan yang mereka miliki adalah hak ALlah semata-mata, dan Dia berhak memberi dan mengambilnya semula ketika mana Dia menghendakinya. Pemilik kebun ini bukanlah tidak beriman dengan Allah, tetapi harta dan kemewahan yang Allah kurniakan kepadanya membuatkannya leka dan takjub dengan kemampuan dirinya sehingga dia boleh menjadi kaya, dan melupai bahawa segala harta miliknya itu adalah bersifat sementara, sehinggalah Allah menarik balik nikmat itu daripadanya.

3. Kisah Nabi Musa dan abid soleh sangat signifikan dengan perihal mereka yang berilmu. Kisah ini mengingatkan para ulama dan ilmuwan agar sentiasa amanah pada ilmu serta tawadhu’ kerana ilmu yang zahir ada pada mereka hanyalah sedikit di sisi Allah Taala. Para ulama dan ilmuwan mungkin tersilap dalam ijtihad ilmu mereka, tetapi itu tidak mengapa. Apa yang penting janganlah ilmu itu menjadikan ilmuwan berasa mereka lebih mengetahui dan berkemahiran berbanding yang lain kerana fikiran sebegini sedikit demi sedikit jika berterusan mampu membawa kepada mensyirikkan ALlah tanpa disedari.

4. Kisah Zulkarnain adalah ibrah buat para penguasa dan pemimpin agar menjalankan amanah mereka dengan sebaik mungkin, mengambil tahu hal ehwal rakyat, saling bantu membantu dengan mereka untuk mengatasi masalah dengan pendekatan yang sesuai dan terkini. Apa yang paling penting adalah Zulkarnain menunjukkan bahawa beliau sentiasa sedar bahawa kemampuannya memimpin adalah dari pemberian Allah kepadanya dan bukan datang dari dirinya sendiri.

Sebagai kesimpulannya, surah al-Kahfi menunjukkan kepada kita unsur-unsur yang sangat berpengaruh dan berperanan besar di akhir zaman dalam memesongkan aqidah manusia yang beriman kepada Allah ke arah syirik, iaitu kehidupan dan keseronokan dunia di usia muda, kekayaan dan harta benda, ilmu dan kemahiran serta pangkat dan kekuasaan. Inilah unsur-unsur maknawi yang Allah mengingatkan manusia agar berhati-hati terhadapnya dan sentiasa beringat dalam mengendalikannya kerana ia mampu secara tidak disedari membawa manusia ke arah syirik kepada Allah apabila mendahulukan semuanya tadi berbanding dakwah Islam, islah terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah fitnah Dajjal di akhir zaman. Wallahu A’lam.

6 thoughts on “Apa Ada Pada Surah Al-Kahfi?

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s