Tahsiniyyat Yang Diabaikan

Sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya bermaksud;

“Kebersihan adalah sebahagian daripada iman”

Allah s.w.t turut berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mereka yang membersihkan diri”

Kebersihan yang paling utama adalah bersih rohani iaitu bebas daripada kotoran hawa nafsu yang mampu menghitamkan hati jika dibiarkan. Kebersihan rohani ini hanya boleh diperolehi apabila perkara dharuriyyat dalam Islam dititikberatkan. Sebagai contoh memiliki aqidah yang sahih terhadap Allah lalu disuburkan dengan penyempurnaan kefardhuan seperti solat, puasa, zakat dan haji.

Kebersihan yang kedua ialah bersih fizikal sama ada kebersihan diri, tempat tinggal dan alam sekitar. Kebersihan fizikal ini termasuk dalam syariat yang bersifat tahsiniyyat iaitu syariat yang bertujuan untuk memperelok dan mengindahkan lagi Islam.

Bersih tidak semestinya mewah dan baru.

Continue reading

Advertisements

Sedekah Haram

Sepanjang kehidupan di Lembah Beringin ini, destinasi utama bagi saya dan keluarga ialah pekan Tanjung Malim. Di pekan inilah bekalan untuk kelangsungan hidup saya dapatkan. Daripada bank, pasar basah, pasar kering, kedai runcit, klinik, pejabat pos dan macam-macam ada lagi..

Seperkara yang saya perhatikan dan kenalpasti berlaku saban hujung bulan ialah situasi ini. Beberapa orang wanita menunggu di hadapan bank-bank untuk meminta derma bagi pembiayaan Rumah Anak-Anak Yatim. Tiada salahnya mereka meminta derma. Bahkan lokasi dan masa yang dipilih juga sangat strategik memandangkan pada waktu inilah poket-poket manusia penuh belaka. Lagipun, manusia jika tiada paksaan luaran datang sukar sekali mereka untuk bersedeqah.

Continue reading

26 Januari, Gerhana Matahari..

Bersujud kepada Allah by OpickEsok, kita akan menyaksikan satu lagi kebesaran Allah s.w.t iaitu gerhana matahari yang dijangka berlaku selama 3 jam 46 minit bermula jam 4.30 petang hingga jam 7 malam.

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Maha Suci Allah..
Maha Suci Allah..

Sebagai hamba yang bersyukur, lakukanlah solat sunat gerhana matahari 2 rakaat ketika berlakunya fenomena ini esok. Perlakuan solat adalah seperti solat sunat biasa hanya dimulakan dengan niat untuk melakukan solat sunat gerhana matahari 2 rakaat kerana Allah Taala.