WANG PEMBAYAR CUKAI

HIDUPKAN ISTILAH ‘WANG PEMBAYAR CUKAI’ DALAM MEDIA
Oleh: Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’.

Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara;

i. Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

money1.jpg

ii. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau PR atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat.

Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.

iii. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seolah-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari ‘harta persendirian’ tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau isytiharkan dalam kempen politik mereka.

iv. Sesebuah kerajaan BUKAN dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.

v. Istilah ‘taxpayers money’, atau ‘taxpayers fund’ atau ‘taxpayers dollar’ sering digunakan dalam media negara maju apabila memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

H1N1, Jerebu dan Demontrasi ISA

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini isu-isu kesihatan terlalu banyak diperkatakan terutama sekali virus influenza H1N1 yang amat-amat mudah untuk djangkiti.

Ditambah lagi dengan kualiti udara yang tidak sihat dipersekitaran kediaman.

Jadi semacam dunia ini akan benar-benar hancur dalam masa terdekat ini dek kejahatan manusia itu sendiri. Dan tidak terkecuali juga orang yang beriman dengan Allah turut sama merasai akan akibat tangan-tangan ghaib ini.

Continue reading

Rahsia Bisnes Orang Cina

Saya baru saja berkesempatan membaca buku ini stelah ia diulang cetak sebanyak 11 kali sejak tahun 2006 sahaja. Agak lambat saya membacanya berbanding jumlah cetakan yang tinggi. Alhamdulillah, kesempatan ini Allah berikan apabila suami saya mendapat buku ini secara percuma daripada majikannya.

Continue reading

Dinar Emas 2

 
pembayaran ufti bentuk moden
pembayaran ufti bentuk moden

Situasi di lebuhraya

Kisah berlaku di Lebuhraya Utara Selatan di lorong tunai. 

“Assalamualaikum.” ucap si jurutol.

“Waalaikum salam.” jawab si pemandu.

Serentak dengan itu si pemandu memberikan tiket kepada si jurutol.

Terpapar jumlah bayaran yang perlu si pemandu tadi jelaskan iaitu RM20.30.

Lantas si pemandu tadi mengeluarkan satu karung syiling 5 sen  sebanyak RM20 dan sekeping syiling 20 sen serta sekeping syiling 10 sen.

Terkejut ‘badak’  si jurutol menerima habuan sebanyak itu. Continue reading

Dinar Emas

StickerBeberapa hari yang lalu, semasa saya sedang menonton berita di siaran Astro Awani, ada tersiar berita berkenaan penggunaan dinar emas dalam pasaran ekonomi. Saya tidak dapat kenal pasti siapa yang ditemuramah, tetapi apa yang penting ialah berita itu berkisar dinar emas.

Gara-gara kemelesetan ekonomi global, maka timbul kembali isu penggunaan dinar emas.

Perasaan saya bercampur baur, ada suka..teruja..dan sedikit kecewa kerana isu ini timbul kembali setelah sekian lama dicanaikan samada dalam konvensyen atau dalam pelbagai persidangan yang telah dibentangkan kertas kerjanya oleh ramai pakar ekonomi Islam mahupun konvensional demi mencari signifikan penggunaan dinar emas di era moden ini. Continue reading

Satu haribulan Mei

bukan hari untuk tidur
bukan hari untuk tidur

“Abi dah azan.” si kecil ‘Ulwan memberitahu.

Saya yang sedang mengadap komputer riba terus tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mengingatkan.

Sebenarnya sedang sibuk menyiapkan soalan peperiksaan pertengahan tahun, sampai tak tersedar  azan dah berkumandang.

“Ni zohor ke asar.” tanya ‘Ulwan.

“Sekarang Asar, tadi zohor ‘Ulwan tido…” jawab saya.

‘Ulwan tersenyum menampakkan giginya yang ‘lawa’, entahkan faham entahkan tidak. Continue reading

Liberalisasi..

wang bukan segala-galanya
wang bukan segala-galanya

Ketika sedang menikmati hidangan malam sambil mendengar berita di TV, Dato Seri Najib Razak mengumumkan akan melaksanakan liberalisasi perkhidmatan dalam menangani situasi global yang agak meruncing.

“Liberalisasi perkhidmatan?” soal saya di dalam hati.

Selaku Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan, saya mengakui tugas untuk mengelakkan ekonomi Malaysia dari terus terjerumus ke kancah masalah ekonomi global adalah suatu yang jelas kesukarannya.

Ramai orang boleh menuding jari tentang banyak perkara, tetapi pelaksanaan tanggungjawab selaku seorang yang ‘bertanggungjawab’ dan amanah dengan tugasnya adalah perkara yang bekalan ke akhirat kelak.

Mungkin ada yang kata..

“Emm, politik la tu.” atau

“Nak menguntungkan kroni dia la tu.”

Continue reading

Tunggu Orang Lalu(TOL)

“Amacam!, dengar-dengar tol nak diturunkan.” sua Najib.

” Eh! bukanlah, baru cadangan nak dikaji..belum turun lagi.” tegas Udin.

“Agak-agaknya turun ke? Ye-ye je cakap, ntah-ntah gimik..tak habis-habis “cebik Keri.

“Peh! ini kalau si Velu dulu tu yang jadi menteri, mesti  pening dengar dia punya ulasan..mujur lah tak de lagi.” lega si Udin.

Suara gelakan memecah suasana santai makan tengahari di Cafe Dijah.

anda faham? saya pun tak faham...itulah cerita tol
anda faham? saya pun tak faham...itulah cerita tol

Continue reading

Kahwin?

gerbang perkahwinan
gerbang perkahwinan

Dalam kelas hafazan saya pada hari Isnin yang lalu, sambil-sambil menunggu mereka bertasmi’, saya dapat ‘menangkap’ bait-bait perbualan mereka yang berkisar berkenaan ‘kahwin’.

Sememangnya kelas hafazan dan tilawah adalah kelas yang agak santai, namun ia tidaklah boleh di’status’kan sebagai ‘kelas lepak’.

Lalu saya menegur mereka “Ni  apa ni,cerita kahwin-kahwin?, baca-baca..lepas ni nak cerita-ceritalah.Habis masa tak baca lagi..denda akan menanti. ” Sekadar gertakan cuma, hakikatnya kelas ini belum pernah merasai ‘denda’ saya.

Mereka tersenyum dengan teguran saya, tersipu-sipu dengan perbualan mereka yang dapat saya ‘detect’.

Di dalam hati, ingin saya titipkan ‘pujian’   buat mereka kerana walaupun mereka berbual, mereka masih lagi dapat menghafal dengan baik dengan kata lain mereka ‘on the right track’.

Soalan

“Ustaz! dulu ustaz kahwin umur berapa tahun?”sekonyong-konyong soalan itu dilontarkan kepada saya.

Saya hanya berdiam sahaja kerana sedang menyemak bacaan salah seorang daripada mereka.

“Ustaz dulu kahwin guna borang macam Ustaz Idris ye.” lagi satu soalan dilemparkan kepada saya.

Masih lagi membatukan diri kerana tumpuan kepada al Quran tetapi sedikit terusik dengan soalan itu.

“Ustaz jumpa isteri ustaz kat mana..?”soalan seterusnya.

Kebetulan semua telah selesai bertasmi’,dan masih ada sekitar 9 ke 10 minit untuk saya menjawab soalan mereka secara pukal. Continue reading