Skim Pelupusan Kereta

contoh kereta hybrid
contoh kereta hybrid

“Kau tak nak ganti ke kereta kau.” soalan Jali kepada saya.

“Kenapa pulak nak jual?”tanya saya balik.

” Kan la ni kempen melupus kereta tengah sibuk.” jawab Jali sambil menghirup teh halia tarik kurang manisnya.

” Oo..kempen pelupusan kereta tu..dapat RM5000 tu..tapi ngan kereta proton je kan?”saya dalam ‘refreshing mode’.

“A’ah, kereta kau tu nampaknya sesuai benor nak dilupuskan gamaknya.” tersembul juga loghat Peghok si Jali.

“Ishh..banyak benda nak dikigha pasal lupus melupus ni.” saya cuba berloghat Peghok (jadi tak jadi, cerita lain).

“Ape ke bende nyer, yob..lupus je la.” semakin menjadi-jadi loghat si Jali.

“Emmmph..” termenung seketika. Continue reading

Bajet Mini RM60b

mujur yang ni tak gheti cakap lagi,kalau tak...
mujur yang ni tak gheti cakap lagi,kalau tak...

Ketika berjalan bersiar-siar ke pekan Tanjung Malim, kerap juga anak saya…

“Abi! nanti belikan abang gula-gula ye, dah lama abang tak makan gula-gula.” pujuk Ahmed Fawwaz (anak sulung saya).

“Isyh! semalamkan baru je abang makan gula-gula, apa pulak dah lamanya.”balas saya spontan.

“Semalam tu sikit sangat,tak puas.”jawab Ahmed Fawwaz.

“A’ah, semalam gula-gula tak sedap.”Ahmed ‘Ulwan(anak kedua saya) mengiakan.

“Emmph! ada aje batu apinya.”cebik saya kepada mereka berdua, terkedu nak menjawab. Continue reading

Sukarnya mengubah ‘kebiasaan’

Suatu pagi di Medan Selera Tanjung Malim.

about_upsiSelepas berpenat lelah (takde lah penat sangat) bermain volleyball bersama student UPSI di pagi hari,kami berempat akhi Fauzi, Che Soh, Ali dan saya berpakat untuk ‘mengeteh’ sebelum pulang ke rumah.

“Radix nak bukak cawangan kat sini tak lama lagi.”Ali memulakan bicara.

Sambil membetul-betulkan letak duduk punggung di kerusi salah sebuah gerai makanan, Fauzi pun menyahut “Radix kopi ke Radix Fried Chicken?”

“Radix FC.” ringkas Ali

“Baguslah gitu, lawan ngan KFC.” saya mencelah.

Sekonyong-konyong Che Soh datang dari sudut lain yang berdekatan,nyata dia mendengar perbualan kami di meja makan. “Ada 1 juta boleh lah bukak.”

“Tak boleh ‘loan’.” tambahnya lagi.

“Hah! mana nak dapat 1 juta selepuk.”terkejut saya mendengar penjelasan Che Soh.

“Ana dengar ‘owner’ KFC pi turun Kedah nak tengok RFC. Depa nak tengok  ada tak benda yang sama dengan KFC. Pasal akta ‘paten’ la tuh.” Tambah Che Soh.

“Huh! takut diorang no.”Ali balas sinis.

Berita HPA untuk melancarkan Radix Fried Chicken telah tersebar luas serata Malaysia. Usaha yang saya anggap mulia kerana  di dalam ‘kebiasaan’  pengguna menikmati KFC yang sudah bertapak lama di Malaysia, ia dianggap ‘berani’.

Saya percaya ‘survey’ telah dibuat oleh pihak pengurusan HPA untuk melebarkan bisnesnya kepada restoren makanan segera yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia khususnya golongan kanak-kanak.

Tidak mustahil selepas ini RFC akan menjadi pilihan ramai kerana jika dibandingkan dengan restoran makanan segera KFC, RFC menampilkan makanan segera yang lebih berkhasiat,halal dan organik. Continue reading

stagflasi dan stagnasi

gold1

Alhamdulillah, saya telah diajukan beberapa soalan berkenaan ekonomi oleh pelajar saya. Hal ini amat saya nanti-nantikan kerana jarang-jarang berlaku dalam karier saya sebagai pendidik ini ditanya soalan-soalan yang di luar daripada silibus pengajaran.

Apa itu stagflasi?

Sebelum saya merungkai makna stagflasi, terlebih dahulu kita harus mengenali inflasi. Continue reading

Exora..

“Proton dah keluarkan MPV ke?”  detik hati dihadapan TV.

“Tapi mana keretanya?,ooh! baru umumkan nama je ke. Ingatkan dah ‘launch’.”

Bertuah kepada si pemenang kerana siapa sangka nama bunga ixora telah terpilih untuk MPV Proton yang pertama. Dalam ribuan atau mungkin jutaan peserta, nama ini yang terpilih. Itulah yang dinamakan tuah.

Ada beberapa persoalan dari sudut strategi pasaran dalam pasaran MPV Exora di waktu gawat ekonomi ini.proton-mpv-chaku Continue reading

Padah Kapitalisme

economy-downturn

Dunia kini menghadapi kemeruduman ekonomi yang amat dahsyat sehingga melumpuhkan di hampir keseluruhan pelusuk negara. Apa yang membinbangkan kita ialah ianya adalah lebih hebat daripada krisis 1997/98.

Memang tidak dinafikan negara yang paling teruk terpalit ialah negara yang paling banyak bergantung kepada ekonomi Amerika Syarikat. Malaysia juga tidak telepas daripada krisis ini. Continue reading

Inilah Jihad Kita!

Meskipun ada perkembangan bahawa Perang Gaza bakal berakhir berikutan kedua-dua pihak menyatakan melakukan gencatan senjata masing-masing, namun boikot terhadap barangan Israel tidak seharusnya berhenti di sini. Hangat-hangat tahi ayam, itulah ungkapan yang paling sesuai dengan laungan boikot di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Hal ini adalah realiti kerana apabila berlaku serangan terhadap penduduk Palestin, ketika itulah akan ada laungan seantero Malaysia supaya memboikot produk Israel.

Continue reading