‘Ibrah Daripada PJJ

Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, ada hikmahnya yang besar jika kita melihatnya secara positif. Sebab itu ALlah mengatakan kepada kita bahawa Dia tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehinggalah kaum itu sendiri mengubah apa yang ada di dalam dirinya. Perubahan yang dimaksudkan dalam ayat ALlah ini tentunya perubahan ke arah yang positif, natijah daripada melihat dan merenung serta muhasabah ke dalam diri tentunya dengan cara yang POSITIF! Jika tidak, pandangan negatif dan rintihan kesedihan yang berterusan tidak membawa seseorang itu ke mana-mana kecuali kemurungan dan kesedihan.

Allah telah mentakdirkan saya dan suami menghadapi kehidupan berasingan (tterpisah dengan jarak) dalam tempoh yang mungkin tidak begitu lama sekitar setahun 9 bulan. Kami yang bersepakat dan bersetuju dengan pilihan ini, dan masing-masing bersedia. Alhamdulillah, tempoh ini adalah saat2 yang sukar dalam kehidupan masing-masing, namun memberikan kesan mendalam kepada diri saya khususnya. Allah memberi saya ujian ini, agar saya mendapatkan dan belajar sesuatu. Ya, banyak sekali yang saya belajar, yang saya baru sedar, yang saya rasai dalam tempoh ini.

Mengenali hakikat ‘ubudiyyah yang sebenar.

PJJ ini menyedarkan saya bagaimana penghayatan yang sepatutnya saya rasai sebagai hamba-Nya. Saya disentak oleh Allah bahawa selama ini tanpa sedar kehadiran suami dalam hidup, seolah-olah selama ini saya menjadikannyaย andaadaย atau sekutu dengan Allah. Bukanlah bermaksud selama ini saya menghambakan diri kepada suami, tetapi kehadirannya menyebabkan kebergantungan kepada suami kadang kala melebihi kebergantungan diri kepada Allah. Apabila suami tiada di sisi barulah saya sedar hakikat kealpaan saya selama ini. Justeru, PJJ ini mengingatkan saya bahawa saya perlu berusaha lebih keras agar tumpuan dan fokus pergantungan kepada Allah itu sentiasa diperbaiki dan ditingkatkan dengan amalan-amalan yang boleh saya lakukan seperti qiyamullai, puasa sunat, tadabbur al-Quran dan sebagainya. Suami itu hanyalah manusia biasa sama seperti kita yang Allah berikan keistimewaan qiwamah padanya, bukannya ubudiyyah.

Merasai Peritnya Menjadi Ibu Tunggal

Saya juga merasai bagaimana rasanya menjadi seorang isteri yang ditinggalkan suaminya sama ada suami itu meninggal dunia, atau bercerai atau ditinggalkan tanpa tali dan sebagainya. Perit yang saya rasai itu bukanlah keperitan dari sudut ekonomi, tetapi keperitan emosi khususnya dalam mendidik anak-anak. Apatah lagi jika si ibu tiada sumber ekonomi yang kukuh, keperitannya berganda-ganda. Mendidik anak tanpa suami adalah satu perjuangan besar. Ibu mampu memberi kasih sayang dan kelembutan, tetapi dalam masa yang sama himmah si ayah juga sangat penting untuk mendisiplinkan anak-anak. Mendidik anak untuk melakukan solat, belajar al-Quran, dan sebagainya lebih mudah dengan penyeliaan daripada seorang ayah berbanding ibu. Anak-anak lebih mudah mengikut arahan bapa berbanding ibu.

Justeru, ibu-ibu tunggal ini adalah golongan yang sangat memerlukan bantuan dan keprihatinan daripada masyarakat dan pihak kerajaan. Islam juga sangat menitikberatkan perihal anak yatim, salah satu hikmahnya adalah untuk mengurangkan bebanan ibu tunggal. Bantulah mereka semampunya.

Allah Menghilangkanย  Satu Suami Dari Sisi, Tetapi Menggantikannya Dengan Ribuan Tangan Yang Mahu Membantu

Allah Maha Penyayang. Begitulah Dia. Namun hikmah ini hanya akan hadir jika kita tidak memencilkan diri daripada masyarakat dan orang ramai. Hubungan baik dengan manusia perlu dijaga, barulah bantuan akan datang arah yang tidak disangka-sangka. Memencilkan diri dan memutuskan hubungan dengan masyarakat hanya menambah keperitan dalam hidup. Warnai kehidupan dengan berinteraksi sesama jiran tetangga dan masyarakat. Sertai aktiviti bersama, berikan bantuan mengikut kemampuan, di samping sentiasa memelihara kehormatan diri Pada berinteraksi itu, tersimpan himpunan hikmah baik yang berpanjangan, insyaAllah.. ๐Ÿ™‚

PJJ yang perit tetapi indah..

Bagaimana Membuat Susu Pekat Sendiri?

Homemade susu pekat (gambar sebenar, bukan hiasan)
Homemade susu pekat (gambar sebenar, bukan hiasan)

Ini adalah post pertama saya yang berkaitan makanan dan resipi. Entah mengapa, saya sangat teruja untuk berkongsi cara membuat susu pekat sendiri ini, mungkin kerana tidak menyangka bahawa kita boleh buat sendiri susu itu!

Bagi yang berada di Malaysia, mungkin homemade susu pekat ini agak mahal kosnya berbanding susu pekat di pasaran. Tetapi bagi anak perantau khususnya di negara-negara yang memiliki harga produk tenusu yang rendah di pasaran, ia sangat berbaloi.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mementingkan kesihatan, nutrisi dan kepuasan hati, walaupun harga setin susu pekat turun harga selepas GST sekalipun, mereka pasti mahu mencubanya! (Poyo sungguh ayat ini… ๐Ÿ™‚ )

Resipinya mudah;

1 liter susu segar (susu UHT pun boleh)

1 cawan gula (boleh kurangkan jika mahu kurang manis, ia baik untuk kesihatan)

Esen vanila ( agak2 dalam 1 sudu teh)

secubit baking powder (pilihan, bukan mandatori)

Cara membuatnya, lagi mudah. Masukkan semua sekali ke dalam periuk dengan api sederhana besar. Sentiasa kacau susu. Apabila susu mula menggelegak dan pekat, kecilkan api dan tutup apabila tekstur bertukar kekuningan dan pekat sebagaimana susu pekat di kedai itu. Pastikan sentiasa kacau dan jaga api untuk mengelakkan penyakit hati kuali iaitu kerak..

Hasilnya, memang mengujakan! Saya juga berfikiran, dengan asas yang sama kita juga mungkin boleh membuat sapuan coklat sendiri mengikut citarasa masing-masing. Bebas dari was-was terhadap Nutella dan lain-lain jenama pastinya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada makcik Fareedah ibu kepada rakan pengajian kami di sini (Nurul Hanilah)ย  yang tidak lokek berkongsi. Malah semalam kami diajarkan juga cara membuat kuew tiaw, sos cili dan ais krim dengan kos yang minima dan impak yang maksima! Alhamdulillah…

Di Manakah Peranan Bapa Dalam Pendidikan Anak-anak?


Pendidikan yang dimaksudkan dalam tulisan ringkas ini adalah pendidikan tauhid dan pembinaan iman anak-anak, kerana inilah pengisian terpenting dalam membina insan, khalifah di muka bumi ini. Tanpanya, insan tiada nilai sisi Yang Maha Esa, Allah Rabbul Jalil.

Biasa kita mendengar, ibu adalah institusi utama dalam membentuk dan mentarbiyyah anak-anak. Kenyataan ini benar tetapi kurang tepat. Allah Taala memberi petunjuk dan panduan kepada kita melalui Al-Quran akan hakikat ini. Jika kita meneliti ayat-ayat Allah ini, kita akan dapati bahawa bapa merupakan tunggak utama dan terpenting dalam pendidikan pembinaan akidah tauhid anak-anak, isteri dan ahli keluarganya.
Mari lihat ayat-ayat Allah Taala ini;

1. ูˆูŽุฅูุฐู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูู‚ู’ู…ูŽุงู†ู ู„ูุงุจู’ู†ูู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูŠูŽุนูุธูู‡ู ูŠูŽุง ุจูู†ูŽูŠู‘ูŽ ู„ูŽุง ุชูุดู’ุฑููƒู’ ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุดู‘ูุฑู’ูƒูŽ ู„ูŽุธูู„ู’ู…ูŒ ุนูŽุธููŠู…ูŒ (Surah Luqman:13)
13. dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar”.

2. ูˆูŽูˆูŽุตู‘ูŽู‰ ุจูู‡ูŽุง ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ู ุจูŽู†ููŠู‡ู ูˆูŽูŠูŽุนู’ู‚ููˆุจู ูŠูŽุง ุจูŽู†ููŠู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุงุตู’ุทูŽููŽู‰ ู„ูŽูƒูู…ู ุงู„ุฏู‘ููŠู†ูŽ ููŽู„ูŽุง ุชูŽู…ููˆุชูู†ู‘ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ู…ูุณู’ู„ูู…ููˆู†ูŽ (surah al-baqarah: 132)
132. dan Nabi Ibrahim pun berwasiat Dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan Islam”.

3. …ุฅูุฐู’ ุญูŽุถูŽุฑูŽ ูŠูŽุนู’ู‚ููˆุจูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู ุฅูุฐู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูุจูŽู†ููŠู‡ู ู…ูŽุง ุชูŽุนู’ุจูุฏููˆู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุจูŽุนู’ุฏููŠ ู‚ูŽุงู„ููˆุง ู†ูŽุนู’ุจูุฏู ุฅูู„ูŽู‡ูŽูƒูŽ… (surah al-baqarah:133)
133. … ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah Yang kamu akan sembah sesudah Aku mati?” mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu …

4. ู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุง ุจูู†ูŽูŠู‘ูŽ ู„ูŽุง ุชูŽู‚ู’ุตูุตู’ ุฑูุคู’ูŠูŽุงูƒูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฅูุฎู’ูˆูŽุชููƒูŽ ููŽูŠูŽูƒููŠุฏููˆุง ู„ูŽูƒูŽ ูƒูŽูŠู’ุฏู‹ุง (surah yusuf:5)
5. bapanya berkata:” Wahai anakku! janganlah Engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana Aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh Yang nyata bagi manusia.

Jika diteliti ayat pertama hingga ketiga menunjukkan bagaimana seorang bapa memberikan nasihat dan pendidikan iman kepada anak-anaknya dalam bentuk agar mereka tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain, juga pesanan dan peringatan tentang tanggungjawab mereka sebagai penyebar risalah tauhid dan penegasan agar berpegang dan istiqamah dengan dinul Islam sehingga akhir hayat mereka.

Manakala ayat keempat pula menunjukkan hubungan erat antara seorang bapa dan anaknya yang memberikan nasihat tentang tindakan yang perlu dilakukan oleh anaknya kerana kemampuan si bapa melihat dengan bijaksana kemungkinan masa hadapan berdasarkan pemerhatian semasa. Bermaksud beliau memberikan jalan dan pilihan yang lebih baik kepada anaknya. Semuanya ditunjukkan oleh Allah melalui peranan seorang bapa.

Manakala peranan seorang ibu Allah Taala menggambarkannya dengan sikap dan sifat perbuatan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi kasih sayang dan cintanya terhadap si anak. Justeru digambarkan perbuatan dan susah payah mereka mengandung, melahirkan, menyusukan, mendoakan dan ikhtiar agar anaknya mampu terus hidup dengan baik walaupun dirinya sendiri berhadapan dengan risiko yang pelbagai. Perkara ini jelas maksudnya melalui kisah ummu Musa, Hajar ibu nabi Ismail a.s, imraah โ€˜Imran dan Maryam ibu nabi Isa a.s. Persamaan antara mereka adalah semuanya atas dasar patuh kepada Allah dan bukannya mengikut hawa nafsu semata-mata.

Sorotan ringkas ini memberikan iktibar kepada kita bahawa ibu dan bapa kedua-duanya berperanan besar dalam pendidikan iman anak-anak mereka. Namun, Allah menunjukkan kepada kita fokus dan keutamaan setiap pihak dalam memenuhi tanggungjawab tersebut. Bapa perlu memberikan nasihat, pengisian agama kerana ini sisi peranan besar mereka yang selari dengan fitrah manusia di mana kata-katanya lebih kuat memberi kesan dan pengaruh terhadap anak.
Oleh itu kita biasa melihat dan mengalami apabila bapa memberikan arahan, anak sukar sekali menolaknya kerana haybah yang ada padanya. Begitu juga seorang ibu bukan bermaksud dia tidak perlu memberikan nasihat kepada anaknya, tetapi sisi pengorbanan dan kasih sayangnya lebih berbekas berbanding kata-katanya.

Justeru, berkatalah dengan nasihat dan wasiat iman wahai para bapa kerana diammu tidak memberikan apa-apa faedah terhadap tarbiyyah iman anak-anak. Namun jangan dilupa, kata-kata itu harus diikuti dan dilazimi dengan amal kerana di situlah qudwah hasanah akan memberikan kesan. Juga sebagaimana nabi Yaakub a.s tetap mengambil berat tentang perkara ini sehingga akhir usianya ketika semua anak-anaknya sudah matang dan dewasa begitulah juga para bapa sepatutnya lakukan. Anggapan bahawa apabila anak-anak dewasa mereka sudah memilih jalan mereka sendiri dan tidak lagi memerlukan nasihat adalah salah.

Begitu juga apabila anak-anak dirasakan tidak menjadi, janganlah jari dituding kepada ibu semata-mata tanpa melihat kepada diri sendiri sebagai seorang bapa. Hakikatnya tugas lelaki ini sangat berat, kerana tarbiyyah imaniyyah isteri dan anak-anak terletak di pundaknya dan bakal dipersoalkan kelak.

Cerita Di Sebalik Kelahirannya..’Ammar.

'Ammar dan Aalaa'
‘Ammar dan Aalaa’

Ini kali pertama saya membuka kisah ini secara umum. Sengaja saya merekodkannya buat ingatan kemudian hari, bahawa Allah adalah segalanya buat hamba-Nya. Lagi pula, boleh saya merehatkan minda sebentar daripada letih menulis tesis, walaupun jari jemari masih menaip. Ini kisah 3 tahun lebih yang lalu.

Temujanji Awfa ke klinik desa awal tahun 2011 itu, membawa saya ke dalam dilema dan ujian yang sangat besar dalam hidup, walaupun bagi yang tidak melaluinya ia nampak kecil. Saya mengambil suntikan rubella setelah jururawat bertanyakan saya dan saya menerimanya tanpa banyak soal walaupun pernah mengambilnya ketika tingkatan satu. Dengan keyakinan yang kuat kerana memang kami merancang untuk tidak hamil dalam tempoh terdekat sebagaimana syarat pengambilan suntikan ini, maka di situlah bermulanya dugaan Allah buat saya dan suami

Tidak dijangka, saya hamil selepas sebulan dari suntikan diambil. Allahu Akbar! Bertanyakan ahli keluarga terdekat yang juga seorang doktor, beliau menyarankan saya ke klinik untuk mendapatkan ubat supaya haid kerana kandungan baru 4 minggu. Saya makan, namun Allah Maha Besar, tiada apa berlaku. Hati sudah gusar kesan fakta-fakta yang dibaca di internet janin yang ibunya dijangkiti rubella atau menerima vaksin rubella di awal kandungan bakal mengalami kecacatan yang tidak perlu disebutkan di sini. Pastinya ia membuatkan saya dan suami berada di persimpangan antara menerima ketentuan Allah atau cuba untuk menentukan pilihan yang pada sangkaan kami lebih baik untuk masa hadapan iaitu, menggugurkan!

Seterusnya, kami berjumpa pakar O&G di DEMC, 6 minggu hamil. Dengan persepsi dan keyakinan bahawa ‘lebih baik puan gugurkan’ daripada doktor pakar tersebut, saya dibekalkan dengan 6 biji pil bulat besar untuk tujuan itu. Bil juga mahal. Itu biasa. Yang tidak biasa, hati saya semakin bergelora sayu. Sehari demi sehari dilalui, tiada yang kering dari air mata. Tikar sejadah setiap malam dihampar, memohon petunjuk dari-Nya, adakah harus aku menelan ubat itu? Dan si kecil itu setiap saat semakin berkembang di bawah lindungan-Nya, dalam 3 kegelapan yang sangat melindungi. Subhanallah..

Detik-detik dilalui hambar, berselang seli dengan rutin kehidupan biasa dengan anak-anak yang sedia ada dan kerjaya. Saya masih tidak menelan ubat itu, walaupun saban hari melihatnya. Fatwa-fatwa dan pendapat ulama’ diselongkar, dan jelas ada keharusan untuk menggugurkan jika ada nasihat daripada pakar dalam tempoh sebelum 120 hari. Fakta-fakta sains dan forum-forum berkaitan semua dicari jika ada sisi yang berbeza. Kes sebegini memang ada berlaku, dan kebanyakannya tidak berakhir sebagaimana teori perubatan tentang kecacatan itu. Itu memberikan saya sedikit kekuatan, tetapi masih tidak cukup kuat.

Ya Allah, kuatkan hatiku dan suami. Berikan kami jalan keluar yag terbaik. Kekhuatiran menerima anak cacat sangat kuat sehingga melemahkan pilihan untuk menerima apa saja ketentuan-Nya. Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Adik saya yang bekerja di Hospital Putrajaya ketika itu mengatakan bahawa ada pakar O&G di situ yang mengendalikan 2 kes sebegini. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik, bayi normal! Bertambah kekuatan, namun belum cukup kuat. Ubat itu masih saya simpan walaupun belum ditelan. Aku perlukan lagi kekuatan Ya Allah..

Hadir tiba-tiba dalam hati, ‘cuba call Dr Zulkifli al-Bakri’.. Dengan mudah saya mendapatkan nombor beliau dan terus menelefonnya. Ketika itu waktu petang, di pejabat, beberapa minit sebelum saya pulang. Alhamdulillah panggilan berangkat dan kedengaran suara yang biasanya saya dengar dicorong radio IKIM fm setiap petang Jumaat itu. Masalah dinyatakan secara ringkas dan terus. Beliau menjawab,’Memang ada keharusan untuk menggugurkan dalam kes puan ini, tetapi… saya rasa elok teruskan. Dia sudah hidup’. Jawapan itu ringkas, tetapi sangat kuat dan padat buat saya. Kekuatan yang menetapkan jiwa dan hati saya bahawa kandungan ini akan diteruskan. Air mata bercucuran, kerana Dia memberikan jawapan melalui sebab yang terbaik buat saya, melalui fatwa hati seorang ulama! Ya, fatwa hati ulama’ yang wara’..

Balik ke rumah, ubat itu saya buang supaya tidak hadir was-was syaitan yang membolak balikkan hati. Alhamdulillah, ketenangan hadir, redha menyelubungi hati. Sehinggalah akhirnya selepas itu Allah mengurniakan jalan-jalan yang pelbagai yang hadir sebagai nikmat kepada kami sekeluarga. Bayi itu lahir di bumi anbiya’. Suatu perkara yang tidak pernah saya jangka dan rancang untuk berlaku, tetapi itulah ketetapan-Nya Yang Maha Mengetahui. Semoga anak ini membesar sebagai mujahid agama dan penyebar risalah Allah di bumi ini.

Buat akhirnya, dalam menghadapi apa saja ujian dalam hidup ini, rujuklah para ulama’ yang dipercayai, kerana daripadanya lahir keberkatan, meskipun zahirnya bertentangan dengan fakta-fakta yang sedia ada. Allahu Akbar!

 

 

Ramadhan: Saranan Buat Ibu Dan Isteri

Ramadhan

Alhamdulillah, Allah Taala memilih kita hamba-Nya yang serba lemah ini untuk kembali menemui Ramadhan bulan segala rahmat dan keberkatan dari Allah Taala. Justeru, rugilah bagi mereka yang menganggap dan merasai bahawa bulan ini sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain, tiada yang istimewa padanya. Pandangan ini adalah pandangan zahir, pandangan tanpa iman. Sedangkan keistimewaan bulan ini bergantung kepada keimanan dan keyakinan kita akan kasih sayang Allah kepada para hamba-Nya dengan membuka seluasnya pintu rahmat agar kita berebut-rebut memilikinya. Buat sedikit, balasan berganda-ganda. Bonus sepanjang bulan, pasti kita mahu bukan?

Sebagai isteri dan ibu, pastinya peranan kita sangat penting sepanjang bulan ini. Yang pasti bukan sahaja tanggungjawab kepada orang lain sahaja yang perlu dititikberatkan, malah lebih-lebih lagi peluang ibadah untuk bekalan diri sendiri juga perlu dititikberatkan, supaya kita tidak terlepas peluang ini. Justeru, mari kita berkongsi beberapa perkara yang boleh kita cuba untuk amalan dan penambahbaikan buat diri sepanjang Ramadhan ini.

1. Alhamdulillah, Ramadhan adalah peluang terbaikย  untuk kita melakukan qiamullail. Sebelum menyediakan hidangan bersahur, bangunlah awal sedikit dalam 15 hingga 30 minit sekurang-kurangnya untuk munajat pada Allah dengan solat tahajjud dan ibadah-ibadah yang lain. Rasailah kemanisannya bermunajat dengan Allah Taala.. Subhanallah. Jangan lupa kejutkan suami sekali untuk qiyamullail.

2. Bawalah al-Quran ketika ke tempat kerja supaya masa-masa yang terluang seperti masa rehat dapat dimanfaatkan untuk tilawah dan tadabbur al-Quran. Al-Quran dengan terjemahan adalah lebih baik. Lebih-lebih lagi jika ibu sedang mengandung, anak di dalam kandungan akan sentiasa subur dengan bacaan al-Quran, mudah-mudahan ada kesan terhadap perkembangan anak, insya Allah..

3. Jika berkemampuan untuk solat terawih berjemaah di masjid, itu peluang terbaik. Walau anak masih kecil kita sebenarnya tidak terhalang untuk berjemaah ke masjid asal ada kekuatan, keberanian dan persediaan. Pilihlah saf pada bahagian-bahagian yang hujung agar mudah meletakkan anak-anak dan tidak mengganggu jemaah lain, cepat bertindak jika anak menangis, dan yang penting bawa persediaan makanan, permainan yang sesuai untuk membantu mengurangkan ragam si anak. Kita usaha, insya Allah everything goes well..

4. Bawa sejumlah wang kecil untuk melatih anak bersedekah di tabung-tabung masjid. Pasti mereka gembira..Kita sendiri perbanyakkanlah bersedekah walau sedikit, asal ikhlas. Allah tidak melihat kualiti, tetapi kualiti.

5. Ibu adalah orang yang paling tercabar dalam melatih anak-anak yang baru belajar berpuasa. Cuba pujuk si anak dengan pujukan-pujukan yang baik dan yang penting sentuhan fizikal adalah yang terbaik. Pujuk dan peluk mereka dengan disulami kata-kata semangat buat mereka, melainkan jika fizikal mereka sudah tidak kuat untuk menahan lapar dan dahaga, maka tidak mengapa..

6. Dalam menyediakan juadah berbuka sebagaimana Nabi S.A.W mengajar kita agar bersederhana. Mungkin agak abstrak bunyinya sederhana itu, tetapi saya berpendapat cukuplah jika hidangan berbuka itu ada satu lauk, satu sayur, satu hidangan pencuci mulut atau kuih, buah dan air serta tamar. Jika ingin meraikan anak yang berpuasa sekalipun, jangan sehingga 3 atau 4 lauk dihidangkan yang akhirnya membawa pembaziran. Lagipun makan lauk yang banyak dalam satu masa juga kurang baik untuk kesihatan. Mudah-mudahan gaya pemakanan sebegini berterusan sehingga selepas Ramadhan kerana ia lebih baik dan yang pasti juga memudahkan tugas kita. Yang dekat dengan syariat itu sebenarnya sangat mudah.

7. Sementara menantikan waktu berbuka bersama ahli keluarga, ada baiknya juga kalau ayah dan ibu bertazkirah santai dengan anak-anak, tentang tujuan berpuasa, perasaan mereka berpuasa dan ajakan agar sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur dan apa-apa sahaja. Anak-anak pasti gembira dengan keprihatinan ibu dan ayahnya beserta ingatan yang diberi walaupun secara tidak langsung.

Sesungguhnya segala amal soleh yang kita lakukan pada bulan ini adalah ibadah jika diniatkan ikhlas kerana Allah. Bergeraklah menuju hidayah Allah dalam segenap aspek kehidupan kita, pasti Allah menunjukkan jalan dan memudahkan segala urusan kita.

ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุฌูŽุงู‡ูŽุฏููˆุง ูููŠู†ูŽุง ู„ูŽู†ูŽู‡ู’ุฏููŠูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ุณูุจูู„ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽู…ูŽุนูŽ ุงู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ

Bermaksud: “Dan orang-orang yang sentiasa bermujahadah di jalanKu, pasti Kami akan tunjukkan kepadanya jalan-jalan (hidayah) Kami. Dan sesungguhnya Allah pasti bersama orang-orang yang membaiki diri.”

(Al-Ankabut:69)

Bulan inilah puncak kekuatannya agar hidayah itu bertahan untuk bulan-bulan seterusnya. Sungguh, Allah Kareem, Ramadhan Akram..

Selamat beribadah duhai ibu dan isteri.. 8)

Ummi, di manakah Allah?

Anak-anak kecil potensi berfikir mereka sangat tinggi, di luar jangkauan manusia biasa kadang kala. Andai satu hari anak anda datang kepada lantas bertanyakan soalan, ‘Allah di mana?’, apakah agaknya jawapan terbaik yang kita boleh berikan kepada mereka? Pening juga kita dibuatnya..

Pada pendapat saya, soalan ini satu petanda besar menunjukkan pemikiran kritikal si anak tadi, di samping peluang keemasan buat ibu memasakkan aqidah tauhid dalam diri anaknya. Justeru, soalan tadi WAJIB dijawab. Alhamdulillah, anak-anak saya tidak pernah bertanyakan soalan ini,ย  tetapi saya selalu khuatir jika soalan ini diajukan.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan bertanyakan soalan ini kepada Prof. Dr Ahmad Naufal yang kebetulan membahaskan tentang sifat Allah di dalam kelas pada hari itu. Beliau mengakui bahawa soalan ini adalah soalan yang sangat sukar untuk dijawab kerana beberapa perkara:

1. Jawapan yang hendak diberi hendaklah tidak bertentangan dengan nas dan syariat serta bebas dari unsur tajsim terhadap Allah.

2. Jawapan juga harus bersesuaian dengan tahap pemikiran anak itu sendiri untuk memahami dan menerima penjelasan tersebut.

Justeru, beliau mencadangkan agar kita kembali kepada uslub al-Quran dalam mendidik manusia ke arah tauhid, iaitu dengan cara menunjukkan dan memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan bukti kewujudan-Nya secara berterusan dan berulang kali. Fokus kepada sifat Allah, dan bukan zat-Nya.

Oleh itu, jika soalan tersebut diajukan kepada anda, mungkin anda boleh jawab begini:

“Allah itu ada, anakku. Tetapi sebagai manusia akal kita tak mampu untuk fikir Allah di mana. Cuba tengok langit, subhanallah cantik..Itu Allah jadikan. Hari-hari Allah bagi pelbagai nikmat padaย  kita, tandanya Allah sayang pada kita manusia. Maksudnya, Allah sangat dekat dengan kita.”

ูˆูŽู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฏูŽุงุจู‘ูŽุฉู ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูุฒู’ู‚ูู‡ูŽุง ูˆูŽูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ู ู…ูุณู’ุชูŽู‚ูŽุฑู‘ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽู…ูุณู’ุชูŽูˆู’ุฏูŽุนูŽู‡ูŽุง ูƒูู„ู‘ูŒ ูููŠ ูƒูุชูŽุงุจู ู…ูุจููŠู†ู

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang nyata (kepada malaikat-malaikat Yang berkenaan).”ย  (Hud:6)

Pada ketika yang lain, berterusanlah dalam menghubungkan elemen kehidupan dengan tauhidullah.

“Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan anak-anak ummi ke sekolah hari ini”

“Subhanallah, cantiknya lukisan anak ummi. Kehebatan kakak ni, Allah yang bagi, alhamdulillah.”
“Tengok, Israel yang banyak senjata canggih pun boleh takut dengan semangat jihad mujahidin Palestin. ALlah nak tunjuk pada kita tu,kekuatan sebenar bukan pada benda, tapi pada hati dan iman.”

Banyakkan ajar anak-anak kita agar mengingati, berdoa dan mematuhi perintah Allah. Insya Allah semoga Allah memudahkan urusan kita membentuk benih-benih tauhid dan iman dalam diri anak-anak kita, agar mereka mampu menjadi pejuang agama sebenar satu hari nanti, amin.

//

SALAM ‘IDULFITRI 1433H

Saya, Husna Husain dan suami Azhan Rashid Senawi serta anak-anak memohon ampun dan maafย  atas segala salah dan silap yang pernah berlaku antara kita. Semoga ukhuwwah berpanjangan dan kita sentiasa istiqamah dengan Islam sehingga akhir hayat, Insya Allah.

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM SOLIHAL A’MAL…

Semoga Allah menerima amal soleh kita semua, amiin..

Hadith Nabi SAW:

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุช:
ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ุฃูŽุจููˆ ุจูŽูƒู’ุฑู ูˆูŽุนูู†ู’ุฏููŠ ุฌูŽุงุฑููŠูŽุชูŽุงู†ู ู…ูู†ู’ ุฌูŽูˆูŽุงุฑููŠ ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑู ุชูุบูŽู†ู‘ููŠูŽุงู†ู ุจูู…ูŽุง ุชูŽู‚ูŽุงูˆูŽู„ูŽุชู’ ุจูู‡ู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุจูุนูŽุงุซูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽุชูŽุง ุจูู…ูุบูŽู†ู‘ููŠูŽุชูŽูŠู’ู†ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุจููˆ ุจูŽูƒู’ุฑู ุฃูŽุจูู…ูŽุฒู’ู…ููˆุฑู ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู ูููŠ ุจูŽูŠู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูˆูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนููŠุฏู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุง ุฃูŽุจูŽุง ุจูŽูƒู’ุฑู ุฅูู†ู‘ูŽ ู„ููƒูู„ู‘ู ู‚ูŽูˆู’ู…ู ุนููŠุฏู‹ุง ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ุนููŠุฏูู†ูŽุง

Dari Aisyah r.a katanya:Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Buโ€™ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ? Hari itu adalah hariโ€™Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (หœId) dan hari ini adalah hari raya kita.”ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย ย  (Riwayat Muslim)

 

Mereka Yang Istimewa

 

Ribuan manusia tersentuh hati pastinya setelah melihat video Hari Raya Bernas, yang mengisahkan tentang dua orang anak yatim OKU itu. Seorang bisu dan seorang lagi buta. Pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang individu itu tersentuh hati melihatkan video tersebut. Mungkin kerana mereka anak yatim, mungkin kerana teringatkan ayahanda dan bonda yang telah tiada, mungkin kerana mereka OKU dan sebab-sebab yang lain lagi.

Secara peribadi, video ini sangat dekat dengan saya kerana ia mengingatkan saya pengalaman lalu hampir 30 tahun yang lalu. Ayah saya telah pergi meninggalkan kami sekeluarga dalam usia yang agak muda ketika itu, 42ย  tahun, kerana penyakit gastrik yang kronik. Tinggallah Mak dan 6 orang anak antara 17 tahun hinggalah 1 setengah tahun. Saya ketika itu berumur 5 tahun, yang kedua terakhir. 2 kakak dan seorang abang tinggal di asrama, tinggallah kami 3 beradik yang terakhir bersama Mak di kampung. Anak-anak yatim. Tanpa pekerjaan tetap ternyata kehidupan seorang isteri yang ditinggalkan suaminya sangat sukar dengan anak-anak yang masih kecil. Namun Mak tetap tabah dan gigih membesarkan kami seorang diri walau datang lamaran untuk dijadikan isteri, namun cinta Mak kepada Bapak tetap satu dan utuh. Saya rasai itu.

Sepanjang kehidupan sebagai anak yatim, saya merasai 2 perkara yang begitu kuat dan membekas dalam diri saya; ketabahan dan keistimewaan. Itulah juga yang saya dapat rasakan tika menonton video Ahmad dan Fizi. Tabah terbentuk apabila melihat ibu berusaha sekuatnya, maka anak-anak cuba untuk berdikari agar tidak menambahkan bebanan si ibu. Meskipun dengan kekurangan sokongan seorang bapa dalam hidup, ketabahan seorang ibu sudah cukup untuk diteladani oleh anak-anaknya agar bersemangat sebagaimana ibunya gigih membesarkan mereka tanpa ayah. Justeru kita lihat contoh teladan ummat Nabi Muhammad SAW membesar dalam keadaan yatim sebagai tarbiyyah secara langsung dari Allah untuk membentuk ketabahan dan kekuatan dalaman yang tersendiri tanpa pergantungan kepada manusia.

Sebagai anak yatim juga saya melihat diri saya istimewa. Setiap kali membaca Al-Quran dan berjumpa dengan perkataan al-yatim saya rasa istimewa, kerana ALlahย  memberitahu sesuatu tentang yatim di dalam al-Quran walaupun ketika itu saya tidak benar-benar memahaminya. Juga setiap kali lebaran, kami akan dapat duit sumbangan dan keraian dari pihak sekolah atau guru-guru kerana kami anak yatim. Begitu juga setiap hari Jumaat jika Mak turut menghadiri kelas pengajian mingguan di masjid, kami akan menerima bungkusan surat khabar yang di dalamnya berisi duit syiling. Saya sangat gembira. Gembira sebagai seorang kanak-kanak.ย  Rasa istimewa ini alhamdulillah terdorong ke arah kebaikan kesan ingatan daripada Mak agar sentiasa bersyukur dan lazimi membantu orang lain kerana orang telah membantu kita.

Begitulah serba sedikit kisah saya sebagai anak yatim. Satu zaman yang banyak mempengaruhi kehidupan saya pada hari ini. Sebagai ingatan kepada diri saya sendiri khususnya, sentiasalah berbuat kebaikan kepada anak-anak yatim keranaย  mereka telah kehilangan sumber pergantungan dunia mereka dengan hilangnya seorang ayah dalam kehidupan. Begitu juga dengan anak-anak yang kehilangan ibu, walaupun dari segi takrif syaraknya anak yatim adalah anak-anak yang belum baligh yang kematian bapa. Sumbanglah apa sahaja dengan doa agar sumbangan kecil kita itu mampu memberikan sokongan moral dan spiritual buat mereka. Peliharalah hak-hak mereka sebaiknya agar mereka sentiasa tabah dalam mendepani hidup dan menjadi insan yang berguna dan berjasa pula pada orang lain suatu hari akan datang. Firman Allah dalam surah al-Dhuha:9:

ููŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุงู„ู’ูŠูŽุชููŠู…ูŽ ููŽู„ูŽุง ุชูŽู‚ู’ู‡ูŽุฑู’

Bermaksud:”Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya “.

 

Seputar Ingatan..

Oleh kerana, hari Rabu adalah hari kelas saya yang terakhir setiap minggu, maka pada malamnya dirasakan seolah-olah ‘heaven’ย  bagi saya. Begitulah keadaan saya dengan kelas pengajian sepanjang minggu. Dan kini menghampiri akhir semester, bebanan itu semakin bertambah kerana imtihan nihaie bakal menjelma. Ya Allah, permudahkanlah untukku segalanya..Amiin. Apa yang penting fikir positif dan laksanakan jadual yang dirancang, insya Allah khair!

Tujuan utama post kali ini, hanyalah untuk mengulang semula kenangan sepanjang kami berada di bumi Amman ini sejak pertengahan Ogos yang lalu. Bukannya apa, sebagai lipatan memori untuk dikenang dan dihayati pada masa depan nanti. Pastinya ia akan menjadi sesuatu yang sangat berharga, kerana manusia kadangkala bersumberkan memori lamanya untuk mendapatkan inspirasi dan memugarkan semula semangatnya.

Oleh kerana kami sampai pada pertengahan Ramadhan 1432H, maka tentunya kami berhari raya di sini. Alhamdulillah, tidak begitu ketara kesedihan atau ingatan kepada ahli keluarga dan sanak saudara kerana Aidilfitri pertama kami di perantauan ini juga tidak kurang meriahnya. Ke sana ke mari juga kami menaiki coaster bersamaย  warga Malizi Sweileh yang lain semata-mata untuk menghadiri jemputan rumah terbuka. Tidak timbul perkara baru berkenalan atau sebagainya, sesiapa sahaja yang dijumpai asalkan warga Malaysia dirasakan dekat di hati. Memang betullah fitrah manusia cenderung untuk bersama dengan klik yang sama dengannya. Sebab itu jugalah Islam menggalakkan kita berkenalan dengan kaum-kaum dan suku-suku yang lain agar pemikiran dan pengetahuan kita bertambah.

Pada minggu pertama Syawal, kami mula berpindah ke rumah sewa kami yang baru. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan bantuan yang tidak terhingga daripada para sahabat di sini. Rumah kami, tidaklah besar, tetapi cukup untuk memenuhi keperluan kami sekeluarga. Yang penting, berdekatan dengan jalan utama untuk memudahkan saya berulang-alik ke kelas nanti. Sempat juga dalam fatrah sebelum bermula seemester pengajian ini, kami berjaulah ke Bahr Mayyit dan Ghar Ashab al-Kahfi. Jaulah bertemakan pasak iman dan inzar terhadap azab ini, kami pergi bersama warga MaliziSweilih yang lain. Naik coaster lagi.. ๐Ÿ˜‰

Alhamdulillah, kenangan dan pengalaman yang sangat berharga. Semoga diri ini, suami dan anak-anak mampu memiliki iman seteguh ahli Gua al-Kahfi ini yang mampu menongkah ujian ketakutan dan kesakitan terhadap dunia dan segala isinya hanya kerana untuk memelihara syahadah yang trpahat dlam hati mereka. Amiin..

Kami sekeluarga di hadapan Kedutaan Malaysia di Jordan.

Dalam perjalanan ke gua
Serpihan tulang anjing para pemuda gua

Isu Payu Dara?

perbincangan wanita di hari ini

Sekitar jam 9.30 pagi, saya melayari akhbar digital Kosmo untuk mengintai berita-berita semasa yang berlaku.

‘First page’ akhbar ini menayangkan isu payu dara yang mendapat bantahan penonton. Siaran ini ditayangkan dalam slot ‘WHI’ di TV3.

Saya kira ia tidak menjadi isu besar jika ia berkaitan langsung dengan kesihatan, baik wanita mahupun lelaki. Tetapi agak memeranjatkan isu yang diketengahkan ialah ‘Salahkah Besarkan Payu Dara?’. Continue reading