Januari 14, Jumaat

keluarga kecil kami 'setakat' ini

“Abang, kat masjid nanti jangan main-main, duduk, dengar elok-elok ya..jaga adik ni.” sengaja saya memberikan tanggungjawab kepada anak sulung (Fawwaz) supaya dia ada rasa berperanan sikit ke masjid. Tapi biasanya, ikut laporan ‘SB’ (‘Ulwan), kekadang ok, kekadang ko. (tersenyum sendiri)

Tajuk khutbah hari ini,14 Jan 2011 ialah ‘Peranan Ulama’. Lepas tu agak keterlaluan kalau tak kata saya tidak terlena..kebetulan memang tidak ada rehat sebelum ke masjid. kalau ada ‘qoilulah’ insyaAllah tidak akan tersengut-sengut semasa khutbah. Continue reading

Iktibar bau tahi ayam..

View Image

Kita kutuk kekejaman mereka sehabis-habisnya. Kita bersuara, berdemonstrasi, berhubung dan menyebarkan kezaliman mereka. Segalanya kita lakukan, all out!

Namun kita lupa…

Dalam sibuk mengutuk mereka, kita masih minum air cola mereka. Dalam sibuk berdemonstrasi, kita masih ‘drive thru’ restoran makanan segera mereka. Kasut, seluar dan baju kita juga mungkin jenama dari mereka, BRANDED! Kita masih memandang sebelah mata produk orang kita..

Halwa telinga kita juga, lagu tajaan hedonisme mereka. Bahan tontonan kita juga hanya filem rekaan mereka sahaja. Tidak pernah miss lagi! Hiburan Islami sukar untuk melekat di hati, langsung diketepi..

Selamanya kita takkan mampu menewaskan mereka jika kita tidak mengubah gaya hidup kita! PILIHLAH ISLAM SEBAGAI GAYA HIDUP!

Alahai, akhirnya hanya laksana tahi ayam, suam-suam kuku di awal, sejuk membeku di hujung masa. Janganlah kita menjadi tahi ayam.. Lebih baik menjadi seperti bau tahi ayam. Semakin lama, semakin menyengat baunya! Tak percaya, pergi buat eksperimen..

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah menyukai jika hambaNya melakukan sesuatu perkara dengan penuh itqan (penuh keyakinan, kesungguhan dan berterusan)”

Hidup, hidup, hidup Islam! Hancur, hancur, hancur Zionis!

Apa Erti Saya Merantau Ke Luar Negara?

Khusus buat adik-adik yang telah dan bakal merantau ke luar negara, bacalah artikel ini. Ambillah manfaat daripadanya. (Artikel dipetik dari www.abidfana.com, sebuah laman milik bekas rakan sekelasku ketika di KISAS dahulu. Beliau kini menyambung pengajian Ph.Dnya di Aberdeen.)

Dalam sepotong syair, Imam al-Shafie r.a. pernah bermadah:

ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ

سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ

والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب

والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ

والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب

فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ

Continue reading

Cemburukah Aku Padanya?

Dia memang seringkali mencemburuiku. Walau apa jua yang aku lakukan, di mana-mana pun, dia tetap sama konsisten mencemburuiku. Tidak pernah dia berputus asa atau berhenti walau sekali.

Aku juga tahu yang dia cemburu padaku, bahkan aku seringkali ditewaskannya kerana sifat cemburu yang ada padanya itu. Namun, aku tahu dan maklum itu. DIA TIDAK PERNAH PUTUS ASA UNTUK CEMBURU PADAKU.

Continue reading

Antara Tarawih Dan Tazkirah

Sambil memandu, telinga saya aktif mendengar siaran radio IKIM pagi ini yang diselia oleh Ust Zamri Zainal Abidin. Topik adalah berkaitan tazkirah ketika solat tarawih. Pelbagai pendapat sama ada melalui panggilan telefon atau pesanan SMS diterima dan dibacakan oleh Ustaz Zamri. Namun, keseluruhannya memberikan komen yang positif dengan adanya sesi tazkirah yang dilakukan atas inisiatif pihak masjid atau surau itu.
Continue reading

Oh! Ibu..

Saya bukan ‘terlepas’ Hari Ibu, cuma rasa terpanggil dan tersentuh dengan e-mail yang di’forward’kan kepada saya berkaitan Ibu (Mak).

Niat asalnya hendak menulis ‘entry’ baru, tetapi saya rasa elok saya kongsikan ‘madah berhelah’ ini moga memberikan ‘impak maksima’ kepada diri kita,insyaAllah. Renung-renungkanlah.

Continue reading

KDN Survey

Portal Kementerian Dalam Negeri sedang membuat kaji selidik berkenaan  isu ISA. Semoga Allah memberikan kelapangan kepada kita untuk mengundi di laman berkenaan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada pihak berkenaan.

Sila ke http://www.ikdn.gov.my/

Untuk makluman, setakat ini respon terhadap kaji selidik berkenaan isu ISA ialah seperti di bawah.

Do you have a friend who would be interested in this survey? Send this survey to them! 
Apa yang anda mahu dari ISA?
Dimansuhkan
 91%
7,880
Diteruskan dengan semakan
 9%
789
Saya keliru
 0%
33
Total: 8,702 responses
 
This survey is not scientific and reflects the opinions of only those Internet users who have chosen to participate. The results cannot be assumed to represent the opinions of Internet users in general, nor the public as a whole. Neither this website or its sponsors are responsible for content, functionality or the opinions expressed therein.