Vigil

Artikel di bawah bersumber daripada Majlis Pengkajian dan Penyelidikan Hukum (MPPH), sumber Virtual University. Satu penjelasan berkenaan isu nyalaan lilin. Diharap memberi manfaat dan pengajaran kepada para pembaca.

Pengenalan

Islam agama yang memberi keadilan kepada semua manusia samada yangber agama Islam ataupun tidak. Oleh sebab itu, perbincangan Ilmu Feqah diletakkan juga perbahasan berkenaan dengan ahli Zimmah (golongan bukan Islam yang bernaung dibawah Negara islam.).

Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik  dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Mumtahanah : 8)

Sabda Nabi SAW :

عَنْ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ عَنْ النَّبِيِّ ‏صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏قَالَ ‏: ‏مَنْ قَتَلَ نَفْسًا مُعَاهَدًا لَمْ
يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ
أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya : Sesiapa yang membunuh seorang yang mempunyai perjanjian (perdamaian), maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga, walaupun syurga itu dapat dihidu bauannya sejauh perjalanan 40 hari. (Riwayat Al-Bukhari) Continue reading

Keranaku Atau KeranaMu?

Sambil memegangnya saya bertanya kepada ‘Ulwan, “Kerana apa gigi ‘Ulwan rongak?”

Dengan spontan anak ini menjawab, “…kerana Allah Taala..”. Sambil tersengih menunjukkan giginya yang separuh sempurna itu. Terkekeh-kekeh ummi dibuatnya dengan jawapan itu tadi. Begitu juga dengan abi. Inilah jenaka yang tulus mulus tetapi berisi.

Persoalannya, benarkah gigi ‘Ulwan rongak kerana perbuatan Allah Taala?

Continue reading

Aku Keturunanmu..

Tengah hari itu, sambil menikmati hidangan tengah hari sendirian di rumah saya memilih untuk menekan butang 702 Hallmark Channel. The Oprah Winfrey Show tika itu telah 15 minit bermula. Hari ini, topik menarik. Sperm donation. Perkara yang dikupas dalam rancangan ini antaranya ialah tentang apakah tujuan sebenar seorang penderma sperma serta perasaan yang dilalui dalam kehidupan seorang anak hasil pendermaan sperma. Itu segmen yang saya sempat lihat.

Seorang penderma mengatakan bahawa ia melakukan demikian kerana rasa terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan sperma bagi mendapatkan zuriat sendiri. Perbuatan ini menimbulkan rasa kepuasan dalam dirinya kerana berkhidmat untuk kebajikan orang lain, katanya.

Continue reading

Kem Aulad 1

soleh“Enta tau tak apa anak kita buat waktu cuti-cuti ni.” akhi Yusof menyoal.

“Emph..budak-budak ni tengok TV je, takde benda lain..kalau ada Astro..611,612 sampailah 615..tu je la yang dipicit-picitnya, padahal kartun tu dah diulang-ulang berpuluh-puluh kali.” balas saya menyambung cerita.

“Ni kita tinggal seminggu ni cuti sekolah, kena buat ‘something’ la kat budak-budak ni.” sambung akhi Yusof.

Perbualan ini berlaku sewaktu menunggu habisnya usrah ‘student’ kolej di Surau As Saad pada hari Khamis malam Jumaat lalu (minggu pertama cuti persekolahan).

Memang banyak perkara yang kami rancang sebelum ini untuk kariah Surau As Saad. Dek kerana masih baru mendiami kariah ini, perkara-perkara seperti ini banyak dirancang sahaja tanpa ada tindakan susulan.

Tetapi kali ini setelah jawatankuasa surau 2009 baru sahaja dilantik, dan saya juga termasuk dalam ‘committee’ surau ini, maka idea-idea yang sebelum ini dirancang dilaksanakan tanpa banyak persoalan walaupun cuti persekolahan hanya berbaki seminggu sahaja lagi.

“Takpe, kita buat je..yang penting kita dapat kumpulkan anak-anak kita dalam program ni.” respon saya optimis dengan program yang bakal dilaksanakan ini. Continue reading

Jauh Perjalanan Luas Pandangan

IMGP7159Fuhh! tidak disangka perjalanan semalam (Ahad, 7 Jun 2009) adalah satu perjalanan yang paling lama pernah saya lalui sejak saya mengambil lesen memandu sekitar tahun 1992.

Perjalanan 12 jam daripada Batu Pahat ke Ulu Tiram, Johor Bahru dan kemudian ‘mendaki’ ke Utara, Lembah Beringin.

12 jam perjalanan dengan pelbagai kerenah jalan raya yang kekadang mengundang beberapa persoalan yang mungkin pelik tapi benar.

Apa yang pasti, kami bertolak ke Ulu Tiram jam 10.10 pagi (waktu jam tangan saya) dan sampai ke rumah (Lembah Beringin) sekitar 10.20 malam (sekali dengan berhenti  beberapa ketika di  dua tiga R&R).Fuhh! memenatkan. Continue reading

Dinar Emas

StickerBeberapa hari yang lalu, semasa saya sedang menonton berita di siaran Astro Awani, ada tersiar berita berkenaan penggunaan dinar emas dalam pasaran ekonomi. Saya tidak dapat kenal pasti siapa yang ditemuramah, tetapi apa yang penting ialah berita itu berkisar dinar emas.

Gara-gara kemelesetan ekonomi global, maka timbul kembali isu penggunaan dinar emas.

Perasaan saya bercampur baur, ada suka..teruja..dan sedikit kecewa kerana isu ini timbul kembali setelah sekian lama dicanaikan samada dalam konvensyen atau dalam pelbagai persidangan yang telah dibentangkan kertas kerjanya oleh ramai pakar ekonomi Islam mahupun konvensional demi mencari signifikan penggunaan dinar emas di era moden ini. Continue reading

Muraqabah.

Tiba-tiba hari ini saya terpanggil untuk mengambil khazanah ilmu tulisan saya ketika di KISAS dahulu. Alhamdulillah, akhirnya buku itu saya ketemu jua akhirnya setelah bertahun-tahun mencarinya di stor rumah kakak saya. Hajat saya untuk menjadikan buku ini sebagai buku yang perlu disimpan untuk panduan masa hadapan ketika saya di sekolah dahulu tercapai. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit tanda keusangan, koyak dimakan masa namun masih boleh dianggap sebagai sebuah buku.

 

Khazanah ilmu..
Khazanah ilmu..

 

Di dalam buku saya ini terselit sebuah kertas kerja ringkas bertajuk Muraqabah yang dibentangkan ketika Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-sekolah Berasrama Penuh kali ke-17 (1996) 13 tahun yang lalu. Kertas ini dibentangkan oleh Ustaz Abdullah Hj Salleh, guru saya ketika di kolej dahulu. Mari kita kongsi bersama intipatinya.

Continue reading

Suami Tunggak Tarbiyyah Keluarga

Begitu kuat sekali kesan peringatan itu kepada diri saya. Mungkin kerana ia lahir secara ikhlas dari jiwa suami tercinta.

Pagi Ahad yang lalu, suami saya telah memberikan satu tazkirah ringkas buat kami berdua.

“Jika kita lihat ayat-ayat di dalam al-Quran, kebanyakan kisah-kisah tarbiyyah adalah berlaku antara seorang ayah dan anak-anaknya. Sebanyak 12 daripada 13 kisah adalah tentang seorang ayah. Ini menunjukkan bahawa seorang ayah adalah pendidik utama kepada anak-anaknya, kemudian diikuti oleh ibunya,” jelas suami saya. “Apa 12 kisah tu bang?” Saya langsung bertanya dan kami pun bersama menyenaraikan kisah-kisah yang teringat ketika itu.

“Tak sampai 12 pun, takpe nanti check betul-betul”. Suami saya menyimpulkan ringkas.

Continue reading