Carilah Kekasih Yang Sah


Samada kita ingat atau tidak, saya kira ramai yang menghitung dan merancang untuk hari Valentine berbanding dengan bulan Rabiulawal yang di dalamnya terdapat peristiwa besar Rasulullah SAW.

Kisah hijrah nabi, kelahiran nabi dan juga kewafatan nabi, semuanya berlaku di dalam bulan yang mulia ini.

Namun bulan-bulan miladi atau masehi juga yang terkadang paling diingati berbanding bulan-bulan hijri. ‘Mereka’ sememangnya berjaya. Continue reading

Hikmah Yang Tersirat

Hari ini, sempat saya membelek-belek tajuk-tajuk utama akhbar dan tabloid. Sememangnya tiap-tiap pagi inilah kerja saya, menyusun surat khabar bagi memudahkan pelanggan melihat berita terkini hari ini.

Pada masa yang sama, sebelum menelaah jurnal-jurnal untuk ‘literature review’ kajian saya, terasa gatal pula tangan dan kepala ini untuk menyentuh isu PRK dan berkenaan ‘hikmah’.

Tajuk sisipan Berita Harian,’Wang ihsan untuk mangsa banjir – PM’. Kelihatan Perdana Menteri mengintai dari tingkap pesawat ringan melihat sendiri Segamat tenggelam dan tidak berfungsi. Sejarah ke-2 Segamat tenggelam dan terburuk kerana ada laporan kematian diberitakan. Continue reading

Kurangkan patuh pada agama?

Video wanita non-muslim, menangis membela muslimat

Memetik sub-tajuk akhbar Kosmo pada hari ini 24 Januari 2011, iaitu Kuan Yew gesa penduduk Islam kurang patuh pada agama. Antara yang dapat saya cungkil daripada pernyataan beliau ialah berkenaan Islam, pemimpin, perkahwinan dan jiran.

Pada saya, Kuan Yew berhak berbangga dengan dirinya kerana berjaya membangunkan negara yang asalnya bermodalkan sifar kewangannya dan dalam tempoh 31 tahun pemerintahan beliau, Singapura telah menjadi sebuah negara maju meninggalkan Malaysia dan negara-negara serantau.

Akhbar Kosmo memetik kata-kata beliau iaitu “”Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam.” kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Menarik buku ini, jadi apalagi serbu kedai buku sekarang, cari buku ini. Continue reading

Isu Payu Dara?

perbincangan wanita di hari ini

Sekitar jam 9.30 pagi, saya melayari akhbar digital Kosmo untuk mengintai berita-berita semasa yang berlaku.

‘First page’ akhbar ini menayangkan isu payu dara yang mendapat bantahan penonton. Siaran ini ditayangkan dalam slot ‘WHI’ di TV3.

Saya kira ia tidak menjadi isu besar jika ia berkaitan langsung dengan kesihatan, baik wanita mahupun lelaki. Tetapi agak memeranjatkan isu yang diketengahkan ialah ‘Salahkah Besarkan Payu Dara?’. Continue reading

Cemas seketika..

Tengah dok khusyuk membuat ulangkaji dalam kelas semalam, tiba-tiba bergetar hanphone dua kali, tandanya ada mesej la tu gamaknya.

Sempat saya mencuri masa untuk membuka sebentar ‘inbox’ mesej.

“Allahu Akbar”..berderau darah membaca mesej. “Ya Allah, apa nih..” perasaan cemas mula menyelinap ke dalam diri.

Terus saya ‘forward’kan mesej tadi kepada seseorang yang terapat. Tumpuan pada pelajaran mula bercelaru.

Alhamdulillah, beberapa minit selepas itu, kelas berhenti ‘istirakhah’.

Saya mengambil kesempatan untuk keluar bertanyakan kepada orang yang paling rapat dalam keluarga saya iaitu kak uda. Saya lebih mesra memanggilnya ‘kak lin’. Continue reading

Hijrah: Should I Stay Or Should I Go?

Hijrah itu pengorbanan dan jihad. Andai diri mahu berhijrah, sesuatu mesti dikorbankan. Mungkin kasih sayang, wang, masa dan kepuasan nafsu adalah harga bagi sebuah pengorbanan demi menjayakan misi hijrah. Jika tidak tega melepaskan nikmat-nikmat dunia tersebut, terkuburlah misi hijrah, dan tetaplah kita pada takuk dan kedudukan yang lama. Iman yang lama, usaha yang sama dan matlamat yang tidak kunjung sampai.

Seorang hamba Allah andai mengimpikan imannya naik ke tingkat yang seterusnya, harus banyak berkorban. Korban nafsu daripada melayan tuntutan syahwat yang berpanjangan adalah paling utama. Kerana tiada musuh yang paling kuat melainkan nafsu yang berada di dalam diri sendiri. Untuk solat tepat pada waktunya, harus mengenepikan urusan dunia buat sementara. Juga perlu tebal telinga jika sindiran yang tidak diundang datang menerpa. Untuk melazimi ayat-ayat al-Quran setiap hari, perlu mengalahkan nafsu yang seringkali memalaskan diri dan mematikan hati. Andai kita mahu berubah dan berhijrah, harga pengorbanan yang tinggi itulah menimbulkan semangat yang tinggi. Itulah hikmahnya Nabi SAW bersabda dan mengingatkan kita, “Diliputi neraka itu dengan perkara syahwat dan diliputi syurga itu dengan perkara yang dibenci atau tidak disukai” .

Jika kita mahu berhijrah, kalahkan nafsu. Jika tidak sanggup, berlalulah cita-cita iman dengan berlalunya masa. Hijrah: should I GO!

 

Iktibar bau tahi ayam..

View Image

Kita kutuk kekejaman mereka sehabis-habisnya. Kita bersuara, berdemonstrasi, berhubung dan menyebarkan kezaliman mereka. Segalanya kita lakukan, all out!

Namun kita lupa…

Dalam sibuk mengutuk mereka, kita masih minum air cola mereka. Dalam sibuk berdemonstrasi, kita masih ‘drive thru’ restoran makanan segera mereka. Kasut, seluar dan baju kita juga mungkin jenama dari mereka, BRANDED! Kita masih memandang sebelah mata produk orang kita..

Halwa telinga kita juga, lagu tajaan hedonisme mereka. Bahan tontonan kita juga hanya filem rekaan mereka sahaja. Tidak pernah miss lagi! Hiburan Islami sukar untuk melekat di hati, langsung diketepi..

Selamanya kita takkan mampu menewaskan mereka jika kita tidak mengubah gaya hidup kita! PILIHLAH ISLAM SEBAGAI GAYA HIDUP!

Alahai, akhirnya hanya laksana tahi ayam, suam-suam kuku di awal, sejuk membeku di hujung masa. Janganlah kita menjadi tahi ayam.. Lebih baik menjadi seperti bau tahi ayam. Semakin lama, semakin menyengat baunya! Tak percaya, pergi buat eksperimen..

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah menyukai jika hambaNya melakukan sesuatu perkara dengan penuh itqan (penuh keyakinan, kesungguhan dan berterusan)”

Hidup, hidup, hidup Islam! Hancur, hancur, hancur Zionis!

1431H, 2010M, Segala Yang Baru DariNya.

Al_Jalalah_hati.gif image by nsa1211408

1431H, sudah masuk hari ke 28. 2010M pula hari ke 14. Mungkin agak terlambat, tetapi masih belum terlambat untuk menyatakan sesuatu tentangnya. Bagi diri saya dan suami, tahun ini penuh dengan segala permulaan yang baru. Fasa 7 tahun pertama perkahwinan kami dianugerahkan serba serbinya segar. Kedai baru (barulah tu walaupun telah 2 bulan beroperasi), justeru karier baru bagi suami saya, rumah baru bagi kami sekeluarga (dah lama beli tapi baru diduduki), dan insya Allah bagi saya juga bakal menempuh tempat kerja yang  baru.

Continue reading

Tazkirah Kematian

Sememangnya sudah sekian lama saya tidak menziarahi sesuatu kematian. Meskipun dalam tempoh setahun ini, memang ada beberapa orang di kalangan sanak saudara yang pergi mengadap Ilahi, namun saya tidak mendapat kesempatan itu. Alhamdulillah, minggu lepas Allah memberikan saya peringatan besar itu! Syukur ya Allah..

Continue reading