Ramadhan Untuk Semua

Blog ini sudah ditinggalkan sendirian hampir 2 bulan lamanya. Banyak sebenarnya yang mahu dicoretkan, sehinggakan tidak tahu hendak mengutamakan dan mendahulukan yang mana. Akhirnya, tidak berkeputusan dan berakhir dengan blog yang sepi. Saya sangat merindui momentum lama saya yang dahulu yang mampu menulis sekurang-kurangnya 1 post untuk seminggu. Suatu ketika dahulu.. Mampukah ia berulang kembali? Pastinya jawapan yang skema dan positif, BOLEH. Namun, saya pastinya memerlukan faktor penolak yang kuat iaitu kekuatan dan kemahuan dalaman yang tinggi, serta iltizam dan semangat di samping kesungguhan membuang rasa-rasa negatif yang membukit itu.

Itulah dia lumrah yang ‘alami bagi manusia walau siapa pun kita. Kuat dan lemah jiwa dan iman saling bertukar tempat naik dan turunnya. Justeru, Maha Sayangnya Allah kepada kita dikurniakan Ramadhan khusus buat meningkatkan dan memperbaiki diri dan iman mereka. Ramadhan ini datang istimewa daripada-Nya, dan kerana izin dan kasih sayang Dia jugalah kita sampai kepada  Ramadhan. Mungkin ini Ramadhan kali ke-24, 34, 44 atau 84 buat kita. Nasib Ramadhan itu tetap sama buat kita iaitu membawa bonus berganda-ganda banyaknya buat manusia. Bonus yang tiada pada bulan yang selainnya. Bonus berganda tanda bahawa Allah sangat mahu kita hampir dan intim dengan-Nya, agar setahun mendatang manusia tidak terlalu jauh daripada-Nya.

Ingatlah duhai jiwa, tiada yang paling istimewa buat seorang hamba melainkan dirinya terpilih mendapat peluang meraih bonus berganda itu. Syukurilah dan ambillah, kerana Ramadhan ini datang dari Allah buat semua. Semua hambanya yang begitu lemah mendepani godaan syaitan, hawa dan nafsu, lantas dihulurkan tawaran ini agar ibadah sedikit yang dilakukan dibalas dengan ganjaran yang jauh dari setimpal, malah tidak setimpal kerana amal manusia itu begitu kecil namun balasannya jauh lebih besar. Siapakah yang mahu memberikan ganjaran sedemikian rupa melainkan Rabbul Jalil yang Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi sifatnya? Allah…

Rasulullah SAW bersabda:”  مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ”,

Bermaksud: Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan hisab, diampunkan kepadanya segala dosanya yang telah lalu.

Pupuklah iman wahai diri, agar mudah menghisab dan menilai amal baik dan buruk yang telah dilakukan. Inilah peluangnya, kerana Ramadhan hanya setahun sekali, walaupun kasih sayang ALlah sepanjang tahun dan hari, pada bulan ini kasih sayang-Nya itu melampaui segala-galanya. Bersolatlah, dirikanlah malam, bersedekahlah, saling berpesanlah, dan senyumlah sebanyaknya, kerana Ramadhan ini dari Dia untuk kita semua..

Advertisements

Haneyya: Langkah-langkah radikal yang diambil untuk menyelesaikan krisis kuasa di Gaza

Tatkala kita terang benderang diterangi cahaya, mereka saudara kita bergelap gelita. Namun hati dan jiwa mereka sentiasa terang.

Image

 

Sabtu, 25-02-2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata masalah elektrik di Gaza akan diselesaikan secara radikal melalui mekanisme tertentu yang telah dipersetujui dengan pihak Mesir.

Haneyya juga telah berbincang pada hari Selasa melalui telefon dengan ketua bank pembangunan Islam mengenai beberapa isu penting terutama mengenai krisis kuasa di Gaza. Jurucakap kerajaan Palestin Taher Al-Nunu juga mengesahkan bahawa terdapat tanda-tanda positif untuk menyelesaikan krisis kuasa di Gaza berikutan rundingan intensif antara Perdana Menteri Haneyya dan pegawai-pegawai Mesir di Kaherah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/

Seputar Ingatan..

Oleh kerana, hari Rabu adalah hari kelas saya yang terakhir setiap minggu, maka pada malamnya dirasakan seolah-olah ‘heaven’  bagi saya. Begitulah keadaan saya dengan kelas pengajian sepanjang minggu. Dan kini menghampiri akhir semester, bebanan itu semakin bertambah kerana imtihan nihaie bakal menjelma. Ya Allah, permudahkanlah untukku segalanya..Amiin. Apa yang penting fikir positif dan laksanakan jadual yang dirancang, insya Allah khair!

Tujuan utama post kali ini, hanyalah untuk mengulang semula kenangan sepanjang kami berada di bumi Amman ini sejak pertengahan Ogos yang lalu. Bukannya apa, sebagai lipatan memori untuk dikenang dan dihayati pada masa depan nanti. Pastinya ia akan menjadi sesuatu yang sangat berharga, kerana manusia kadangkala bersumberkan memori lamanya untuk mendapatkan inspirasi dan memugarkan semula semangatnya.

Oleh kerana kami sampai pada pertengahan Ramadhan 1432H, maka tentunya kami berhari raya di sini. Alhamdulillah, tidak begitu ketara kesedihan atau ingatan kepada ahli keluarga dan sanak saudara kerana Aidilfitri pertama kami di perantauan ini juga tidak kurang meriahnya. Ke sana ke mari juga kami menaiki coaster bersama  warga Malizi Sweileh yang lain semata-mata untuk menghadiri jemputan rumah terbuka. Tidak timbul perkara baru berkenalan atau sebagainya, sesiapa sahaja yang dijumpai asalkan warga Malaysia dirasakan dekat di hati. Memang betullah fitrah manusia cenderung untuk bersama dengan klik yang sama dengannya. Sebab itu jugalah Islam menggalakkan kita berkenalan dengan kaum-kaum dan suku-suku yang lain agar pemikiran dan pengetahuan kita bertambah.

Pada minggu pertama Syawal, kami mula berpindah ke rumah sewa kami yang baru. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan bantuan yang tidak terhingga daripada para sahabat di sini. Rumah kami, tidaklah besar, tetapi cukup untuk memenuhi keperluan kami sekeluarga. Yang penting, berdekatan dengan jalan utama untuk memudahkan saya berulang-alik ke kelas nanti. Sempat juga dalam fatrah sebelum bermula seemester pengajian ini, kami berjaulah ke Bahr Mayyit dan Ghar Ashab al-Kahfi. Jaulah bertemakan pasak iman dan inzar terhadap azab ini, kami pergi bersama warga MaliziSweilih yang lain. Naik coaster lagi.. 😉

Alhamdulillah, kenangan dan pengalaman yang sangat berharga. Semoga diri ini, suami dan anak-anak mampu memiliki iman seteguh ahli Gua al-Kahfi ini yang mampu menongkah ujian ketakutan dan kesakitan terhadap dunia dan segala isinya hanya kerana untuk memelihara syahadah yang trpahat dlam hati mereka. Amiin..

Kami sekeluarga di hadapan Kedutaan Malaysia di Jordan.

Dalam perjalanan ke gua
Serpihan tulang anjing para pemuda gua

Bila Anakku Berbicara..

Situasi 1. (di dalam kereta sekembali dari sekolah pagi)

“Ummi, minggu depan 14hb hari jadi cikgu kelas abang. Cikgu suruh bagi hadiah..”. “ye ke cikgu suruh bagi hadiah?” “yaa…”. “Habis tu abang nak bagi apa?”. Saya menduga. “Abang nak bagi pasu ke, ataupun bunga ros ye?”. langsung saya tergelak mendengar ideanya. Bukan memperkecil, tapi menduga fikirannya. Continue reading

Solla ‘Alaika Ya Muhammad..

Praise be to Allah, the Lord of the universe. Peace and blessings be upon His Messenger Muhammad al-Mustafa who was sent for guidance of humanity, his family and his companions.

From al-Nasaie and Ibn Hibban reported that Rasulullah s.a.w said; “Verily the nearest person with me in the day after is a person who always say peace and blessings (solawat) to me .”

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala aalihi wa sahbihi ajma’in.. 

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala aalihi wa sahbihi ajma’in..

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala aalihi wa sahbihi ajma’in..

Masalah makroekonomi

"bilalah aku nak dapat kerja."
"bilalah aku nak dapat kerja."

“Kawan abang la ni tengah dok bercuti.” intro saya kepada isteri saya untuk memulakan perbualan.

“Wah! syok la,duduk kat rumah, jalan-jalan.”jawab isteri saya dengan nada ceria.

“Isyh, apa seronoknya..cuti memang lah seronok, tapi cuti ‘tanpa gaji’.” balas saya sambil mengunyah popia pagi tadi.

“La! kenapa pulak ‘tanpa gaji’, pastu macam mana ngan belanja rumah.” getus isteri saya berkerut dahi. Continue reading

Kenapa Blog?

Blog ini adalah nukilan bersama Ummu Awfa dan Abu Awfa. Hasrat untuk memiliki blog sendiri memang sudah lama terpahat di hati. Namun, kekangan dalaman khususnya banyak melembapkan dan melambatkan proses  merealisasikan matlamat ini. 

Namun, peredaran masa yang sepantas kerlipan mata ini hingga menjengahnya tahun baru Hijrah 1430 dan tahun baru Masihi 2009 ini, meletakkan hasrat memiliki blog sebagai prioriti pertama yang perlu dilakukan untuk hijrah di tahun baru ini. Alhamdulillah ianya berhasil, dan moga kami Istiqamah untuk terus berkongsi sesuatu di laman ini.

Knowing, Sharing And Doing.